Saturday, September 15, 2018

Sek Agama Pendidikan Khas Johor Bahru

Sementara menunggu tulisan khat Kak Ida siap, mata Kak Ida tertarik dengan satu booth ini.

"Kak Haya, kejap eh. Ida nak ke sana?"

Kak Ida perhatikan booth ini dari jauh sebab memberi peluang pada mereka (guru yang sedang menjaga booth ini untuk bergambar beramai-ramai di sudut pentas).

Selepas semuanya selesai, Kak Ida datang semula ke booth.

Eh, bahasa Isyarat? Allahu. Antara kelas yang Kak Ida nak sangat-sangat untuk hadiri.

Ada seorang guru menegur Kak Ida. 

"Puan, ada buat kelas bahasa isyarat?" 

Terkejut agaknya dengan pertanyaan Kak Ida. Terus guru itu bertanya kenapa Kak Ida hendak belajar.

"Saya ada anak istimewa puan. Saya mahu belajar yang asas untuk bahasa isyarat." lurus jawapan yang Kak Ida beri.

Tiba-tiba guru itu terus memeluk Kak Ida. Tergamam juga sebelum guru itu menyambung kata,

"Alhamdulillah, alhamdulillah. Puan insan yang dipilih Allah untuk menjaga ahli syurga puan. Teruskan mendidik anak. Didiklah sedaya upaya kita. Walaupun mereka ada kekurangan, Allah tidak jadikan sesuatu dengan sia-sia".

Kelu terus lidah Kak Ida. Bercampur baur dengan seribu satu perasaan.

"Ini puan, (sambil tunjukkan seseorang) dia pun ada anak istimewa. Ketiga-tiga anaknya pekak dan bisu. Alhamdulillah, anaknya sekarang sedang bersekolah disini."

"Anak istimewa pun perlu belajar agama ya puan". sambung guru itu lagi. 

Kak Ida mengangguk tanda setuju dengan pendapat beliau. 

Sebelum kami berpisah, Kak Ida diberikan satu poket buku berupa doa. Kak Ida juga sempat belajar bahasa isyarat "terima kasih" dan "sama-sama" dengan pelajar disitu. 

Oh ya, Sekolah Agama Pendidikan Khas satu-satunya sekolah berteraskan agama di Johor dan Malaysia. Pengambilan pelajar sekolah mereka lebih kepada pekak dan bisu. 

Terima kasih puan yang baik. Walaupun singkat pertemuan kita, tetapi memberi kesan yang cukup mendalam untuk diri.


No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my