Semalam Kak Ida menyantuni Travelog Psikologi Zon Selatan anjuran Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli bagi Tahun 2018 di Kota Iskandar, Nusajaya, Johor Bahru.
Pertama kali sebenarnya Kak Ida menghadiri program AKRAB di Zon Selatan.
Pertama kali sebenarnya Kak Ida menghadiri program AKRAB di Zon Selatan.
Program yang memakan masa sehari ini berkongsi tentang Keluarga vs Kerjaya dan Ketahui Hak Anda serta Hindari Gangguan Seksual di Tempat Kerja.
Paling menarik perhatian Kak Ida di travelog ini adalah kuiz berkaitan personaliti (Inventori Personaliti Sidek). Kita perlu menjawab sebanyak 160 soalan yang menyentuh tentang diri.
Selepas menjawab ujian tersebut, kita perlu berjumpa pakar psikologi untuk beliau menerangkan personaliti yang berkait rapat dengan kita.
Menyambung slot pada waktu petang adalah Teknik-teknik Penetapan Minda dan Budaya Kerja Cemerlang berdasarkan Pendekatan Psikologi yang disampaikan oleh Dr. Mohd Nur Al-Sufi bin Romele.
Tujuh resipi kejayaan adalah:-
+ Fokus
+ Pantas
+ Pakar
+ Yakin
+ Berani
+ Bersungguh-sungguh
+ Konsisten
Bersama Encik Petra.
Alhamdulillah, travelog ini tamat jam 4.30 petang. Terima kasih atas perkongsian ilmu yang diberikan.
No comments:
Post a Comment