Skip to main content

Pusat Disleksia Johor Bahru

Bagi mereka yang mempunyai anak disleksia, Kak Ida kongsikan alamat-alamat bagi Pusat Disleksia di Johor Bahru.


Persatuan Disleksia Malaysia (Johor Bahru)
D/A Hospital Permai
Jalan Persiaran Kempas Banjaran
Kempas Banjaran
Johor Darul Takzim
(u.p Cik Nur Safika)

Pusat Disleksia Setia
No 56-02, Jalan Setia Tropika 1/24
Livitonia Square
Taman Setia Tropika
Johor Darul Takzim
Puan Shan (07 2445933)

Senarai sekolah-sekolah untuk Program Disleksia di Negeri Johor.
  1. SK Taman Muhibbah Kulai, Johor
  2. SK Simpang 5 Pekan Bukit Gambir, Muar, Johor
  3. SK Pasir Gudang 3, Johor
  4. SK Taman Sri Kluang, Johor

Comments

Popular posts from this blog

Kidung... Apa maksudnya?

Pagi ini di Sinar.FM mendendangkan lagu "Tiada lagi kidungmu" dari Lefthanded.

Sambil Kak Ida sibuk mengemaskini bayaran pada pembekal, telinga Kak Ida sempat menangkap satu soalan dari si dia...

"Yang, apa maksud "kidungmu". Sudah lama sangat abang nak tahu apa maksud kidungmu. (Tiba-tiba).

Ha? Sekejap boleh?

(Pause
Kak Ida perlu dengar lirik lagu dulu.

Sambil menyanyikan lirik... "Tiada lagi suaramu, tiada lagi dengar tawamu..."

Kidung bermaksud suara abang. 
(Kalau mengikut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, kidung bermaksud nyanyian atau syair. Tetapi, untuk "kenakan" dengan lirik lagu, suara lebih bersesuaian).
"Ooo..."

Kemudian lagu Ukays didendangkan pula. "Disini menanti, disana menunggu..."

Fuh, mujur si dia tidak bertanyakan maksud lirik lagu ini. Kalau tidak, memanglah... Hehehe
Sembang pagi yang santai tetapi mendebarkan.

Jemput jemput Nestum

Selamat bercuti.
Minggu ini Kak Ida bercuti panjang. Hari ini adalah cuti gantian Awal Muharram 1439H.
Di Johor, jika cuti kelepasan umum jatuh pada hari Jumaat, cuti gantian adalah pada hari Ahad. 
Dapatlah menghabiskan masa bersama keluarga. 
Ok, antara "tugas" yang memeningkan adalah memasak. Jenuh memikirkan menu untuk sarapan, makan tengahari, minum petang dan makan malam. 
Hari ini Kak Ida mahu berkongsi menu petang kegemaran keluarga Kak Ida, 
Jemput-jemput nestum.
Kak Ida suka membeli nestum dalam bentuk sachet (jika kita jarang menggunakan dalam kuantiti yang kerap, nestum akan menjadi lemau dan keras).
2 sachet nestum  3 sudu besar susu pekat 6 sudu besar tepung gandum secubit garam. (Kak Ida suka masak dengan menggunakan Garam Kristal dari Ana Edar).
Cara membuatnya Masukkan nestum, susu pekat, tepung gandum dan garam dalam satu bekas. Gunakan secawan air panas, kemudian masukkan pula air sejuk. Kacau pekat (bukan cair).  
Panaskan minyak dalam kuali.
Jemputkan a…

Jalan jalan Langkawi | Lib Utara Enterprise

Sejujurnya, ini tidak termasuk dalam ittenary ke Langkawi. Hahaha
Cuma, malam sebelumnya mama ada bertanya dimana tempat untuk membeli ikan bilis mata biru di Langkawi.
Ha? terkebil-kebil mata Kak Ida dibuatnya sekejap. Mujur ada carian Google. Hahaha
Syukur, tempat ini mudah untuk dicari. Tidak jauh dari penginapan. Oh ya, nama kedai ini adalah Lib Utara Enterprise. Kedai ini terletak di Kuah. Kedai ini banyak menawarkan pelbagai jenis ikan bilis, keropok, udang kering, ikan kering dan macam-macam lagi dengan harga yang cukup murah berbanding ditempat lain.

Kedai ini terletak paling hujung. Bukan berhadapan dengan Restoran Ali (kedai mamak) ya.
Seawal jam 9.00 pagi Kak Ida sudah terpacak disini. Jadi, kita boleh memilih tanpa perlu berebut-rebut. Layanan tuan kedai pun sangatlah awesome.



Allahu, jumpa juga gajus kiriman si dia. Ada tiga pilihan gajus sama ada mahu digoreng, dipanggang atau dibakar.
Pilihan Kak Ida adalah gajus yang digoreng.
RM 25.80 untuk bungkusan 500g. Sedap weh …