Showing posts with label Kak Ida Masak. Show all posts
Showing posts with label Kak Ida Masak. Show all posts

Friday, May 5, 2023

Beef meatballs untuk jamuan hari raya

Tepu idea sebenarnya.

Kalau boleh, of course nak yang mudah dimasak dan dapat packaging untuk serving sekali makan.

Macam-macam idea menu keluar untuk jamuan raya malam ini. Mee kari la... daging salai la... jemput-jemput pisang la...

semua macam alahai...

Badan pula memang sudah beberapa hari tidak sihat. 

Akhirnya, si dia come out dengan idea beef meatballs!

Dulu, menu ini pernah dikeluarkan oleh Pizza Hut. Memang "ketagih" Kak Ida dibuatnya. Faham-fahamlah harganya pula bukan marhaen. Ada beberapa biji meatballs sahaja.

Syukur, dapat juga resipinya. Kawan berbangsa India berkongsi cara membuat rempah masala. Huhuhu...

Si dia menyusun dalam bekas foil seperti ini untuk seorang makan. Kalau satu keluarga makan, lebih baik meatballs disusun di dalam loyang.

Tada....

Inilah hasilnya... 

Semoga menu ini dapat menambat hati kawan-kawan. Insya Allah.



Monday, April 17, 2023

Resipi daging tetel masak kicap

"Ibu, ibu... Ammar... Ammar nak ibu masak macam ari tu boleh?"

Masak macam ari tu? Masak apa?, terfikir-fikir pula menu yang mana satu. Huhu...

"Ammar nak ibu masak apa?"

"Yang ibu masak masak kicap tu..."

"Ayam?"

"Bukan..."

"Ikan?"

"Bukan..."

"Tetel?"

"Ha, betul... boleh ibu?"

Allahu, anak bujang ibu risau kalau dia tersalah sebut. Hahaha... mujur itu sahaja jenis-jenis lauk kicap yang pernah masak. Kalau tidak, haru.

Alhamdulillah, mujur stok tetel memang sentiasa ada dirumah. Antara lauk yang universal dirumah ini. Menu Ramadan ke-26,

Cara masak tetel masak kicap.
Daging tetel direbus sehingga empuk.

Ambil sedikit minyak, dan goreng daging tetel tersebut. Tidak perlu terlalu garing sebab sudah direbus.

Masukkan ibu sambal, kicap lemak manis dan sedikit sos tiram. Kacau rata.

Masukkan pula bawang merah, bawang putih, cili padi diketuk dan cili besar.

Angkat dan hiaskan dengan daun bawang. Sedia dihidangkan. 

Nasi putih, tetel masak kicap dan air sarsi.

Nah, ibu masak penuh kasih sayang.

Sunday, February 7, 2021

Stok Frozen Food

 Selamat berhujung minggu sahabat bloger. 

Hujung minggu kali ini, kami bercadang memenuhkan stok frozen food. Anak-anak masih berPdPr dirumah, stok makanan mesti sentiasa ada.

Alhamdulillah, kami berjaya membuat donut dan juga kuih kesturi. 


Untuk sekali adunan ini, si dia dapat 60 biji. 


Kuih kesturi ini pula, kami berjaya mendapat tiga bekas. Homemade dari air tangan kami berdua untuk anak-anak.

Friday, September 13, 2019

Kak Ida Masak | Ikan Siakap Stim Limau

Tekak teringin betul nak makan ikan siakap stim limau untuk bekal esok. Balik dari kerja, Kak Ida terus singgah ke kedai Acheh untuk membeli barang keperluan.

Resipi yang cukup mudah dan senang untuk dimasak.

Bahan-bahannya ialah...

Seekor ikan siakap sederhana besar. Bersihkan ikan dan tidak perlu dipotong.
Sebiji tomato
Dua batang serai (dihiris)
Halia
Sebiji bawang merah dan bawang putih
Daun ketumbar
Daun limau purut
Limau nipis
Garam dan gula secukup rasa



1. Letakkan ikan siakap yang telah dibersihkan ke dalam pinggan. 
2. Taburkan tomato, serai, halia, bawang merah, bawang putih, daun ketumbar atas ikan siakap tadi.
3. Perah limau nipis.
4. Masukkan sedikit air (tidak perlu banyak)
5. Kukus ikan sehingga masak.
6. Taddda... sedia dihidangkan.


Mudah kan resipi ikan siakap stim limau. Menu ini sangat sesuai untuk ibu yang bekerjaya yang masuk memasak menu yang ringkas dan sihat.

Selamat mencuba!

Sunday, July 1, 2018

Resipi | Bawang Putih Goreng

Hari ini Kak Ida mahu kongsikan Bawang Putih Goreng Rangup.

Bawang Putih Goreng ini sedap jika dimakan begitu sahaja atau ditaburkan di atas sayur seperti bak choi goreng.

Banyak khasiat yang dikongsi antaranya bawang putih baik untuk mengeluarkan angin dalam badan.


Kak Ida membeli satu pek bawang putih. Kupas kulitnya dan hiris nipis.



Panaskan minyak dengan api sederhana panas. Goreng sehingga berwarna keemasan seperti ini.

Simpan setelah disejukkan untuk bawang goreg putih ini tahan lama.

Selamat mencuba!

Thursday, May 24, 2018

Perencah ikan rebus

Kak Ida berkongsi sesuatu dari Group-group ibu moden tentang perencah.

Perencah yang sesuai dicampurkan ke dalam gulai, sup atau sayur. Ringkas tetapi sedap.

Bahan-bahannya hanyalah ikan rebus. Boleh pilih apa juga ikan yang kita suka, tetapi pilihan Kak Ida semestinya ikan kembung kerana isinya yang manis dan lemak. 

Bersihkan ikan dan rebus. Kak Ida akan meletakkan sedikit garam dalam air rebusan dan juga asam keping.


Selepas direbus, asingkan isi ikan dan tulang. 


Kemudian, tumbuk hancur.

Buat dalam satu bekas untuk sekali masak ya. Kemudian, bekukan di dalam peti sejuk.

Perencah ini sangat sesuai dicampurkan untuk masak lemak kubis atau petola, bayam rebus dan lain-lain.

Memang sedap.

Selamat mencuba.

Thursday, May 17, 2018

Kak Ida Masak | Menu Berbuka Day 1

Perghh... tajuk. Hahaha

Hari ini hari pertama kita berbuka. Mengenangkan Aisyah berpuasa, Kak Ida membuat keputusan untuk masak lauk ayam kari style Aisyah.

Maksud style Aisyah disini, kuah kena pekat dan banyak. Hahaha... Baru sedap katanya.

Mama Kak Ida berkongsi petua masak kari yang sedap adalah dengan menumis serbuk kari sekali. Jangan serbuk kari dicampur dengan air baru ditumis.

Letakkan sedikit kunyit hidup untuk nampak cantik kuningnya. Tumis sehingga pecah minyak.

Panjang "oooo" Kak Ida sebab selama ini Kak Ida bancuh serbuk kari dengan air. Kira silap la... Huhuhu

Takpe, kita belajar dari pengalaman. Kan?


Pekat kan kuahnya? Guna santan yang diperah ya. Bukan santan kotak. Sedapnya lain. Insya Allah.


Kak Ida juga gorengkan sedikit paru untuk kudapan. 

Ok, itu dulu Kak Ida Masak : Menu berbuka Day 1. Doakan Kak Ida istiqamah dalam memasak ya. 

See you next entry. Tata

Friday, January 19, 2018

Lauk legend | Telur masak kicap

Sebenarnya buntu nak masak apa...

Sambil scroll Facebook ketika menemani anak-anak berenang petang tadi, mata tertacap satu menu ni...

Katanya, Shah Rukh Khan pun suka.

Lauk paling legend didunia. Hahaha...

Telur mata kicap.

Cara memasak,
Pecahkan telur dalam mangkuk. Bukan pecahkan terus kedalam kuali (dikhuatiri telur busuk). Panaskan minyak. Masukkan telur dan goreng sehingga garing. Angkat.

Hiris bawang besar, halia (ditumbuk kasar), bawang putih (ditumbuk kasar), cili padi (ditumbuk kasar).

Goreng bahan-bahan diatas sehingga "layu".

Kemudian, masukkan sahaja dalam pinggan dan curahkan kicap.

Siap dan sedap dimakan panas-panas.


Alhamdulillah, kenyang sungguh malam ini.

Ok, jumpa lagi di next entry. Tata!

Sunday, September 24, 2017

Jemput jemput Nestum

Selamat bercuti.

Minggu ini Kak Ida bercuti panjang. Hari ini adalah cuti gantian Awal Muharram 1439H.

Di Johor, jika cuti kelepasan umum jatuh pada hari Jumaat, cuti gantian adalah pada hari Ahad. 

Dapatlah menghabiskan masa bersama keluarga. 

Ok, antara "tugas" yang memeningkan adalah memasak. Jenuh memikirkan menu untuk sarapan, makan tengahari, minum petang dan makan malam. 

Hari ini Kak Ida mahu berkongsi menu petang kegemaran keluarga Kak Ida, 

Jemput-jemput nestum.

Kak Ida suka membeli nestum dalam bentuk sachet (jika kita jarang menggunakan dalam kuantiti yang kerap, nestum akan menjadi lemau dan keras).

2 sachet nestum 
3 sudu besar susu pekat
6 sudu besar tepung gandum
secubit garam. (Kak Ida suka masak dengan menggunakan Garam Kristal dari Ana Edar).

Cara membuatnya
Masukkan nestum, susu pekat, tepung gandum dan garam dalam satu bekas. Gunakan secawan air panas, kemudian masukkan pula air sejuk. Kacau pekat (bukan cair).  

Panaskan minyak dalam kuali.

Jemputkan adunan tadi dan goreng sehingga kekuning-kuningan.

Sedia dihidangkan.

Mudah kan? Resipi tidak lebih dari 15 minit. Hahaha...




Alhamdulillah, berebut-rebut anak-anak makan.

Selain rasanya sedap, menu ini lebih baik berbanding menu dari makanan yang diproses seperti sosej, kentang (fries), maggie. 

Setuju?




Wednesday, July 5, 2017

Rezeki tetamu

Alhamdulillah.

Rezeki tetamu datang.

Dalam masa sejam setengah siap terhidang untuk tetamu.




Syukur alhamdulillah.

Maaf jika ada kekurangan di sana sini.

Jangan serik.

Saturday, June 3, 2017

Kuih siput kosong

Sudah lama Kak Ida teringin hendak menikmati kuih siput kegemaran Kak Ida semenjak dari kecil lagi. Kuih siput "kosong". Bukan bersira dengan sambal atau ada kandungan jintan.

Sejujurnya selama ini Kak Ida cuma pandai menggentel dan menyiput. Tidak pernah membancuh. Tugas membancuh diserahkan sepenuhnya pada mama. Hihi

Tetapi, disebabkan tekak terlalu teringin... gagahkan juga untuk membuat. Peralatan menyiput pun si dia beli malam itu juga. Rasa?

Untuk tidak mahu mengambil "risiko yang tinggi", Kak Ida cuma membancuh tepung dalam 15 sudu sahaja. Hihi.

Resipi asal
Tepung sekilo
Marjerin
Air bercampur garam
Daun kari

Cara membuatnya.
Masukkan tepung dan marjerin ke dalam adunan. Gaul sehingga rata. Kemudian, masukkan air yang telah dicampurkan dengan garam sedikit demi sedikit.


Uli sehingga tepung tidak melekat di tangan.



Gentel tepung dan lenyekkan di papan siput sehingga bancuhan tepung habis. Harga papan siput RM 2.00/1 set. Oh ya, jangan lupa taburkan sedikit tepung untuk mengelakkan siput melekat antara satu sama lain.



Panaskan minyak. Masukkan daun kari ke dalam minyak. Goreng siput sehingga kekuning-kuningan. Sedia dihidangkan.

Pastikan juga sebelum siput disimpan didalam bekas, kuih siput telah disejukkan terlebih dahulu. Untuk mengelakkan kuih siput mudah lemau.

Selamat mencuba.

Friday, June 2, 2017

Kupang vs kerang

Sebenarnya, sudah seminggu Kak Ida teringin hendak menikmati kupang rebus.

Tetapi entahlah, bila kedai "tercongok" dibuka, tidak pula mahu berhenti. Bila Kak Ida hendak membeli, kedai pula tutup. Rasa?

Akhirnya, Kak Ida singgah juga ke kedai Acheh untuk menutup hati yang terluka. Hihihi. Alhamdulillah, si dia tidak mahu menghampakan Kak Ida, beliau tetap membeli kerang untuk menggantikan kupang.

Resipi kerang rebus.

Kerang (dibersihkan)
Air (dua cawan)
Bawang merah (dihiris)
Bawang putih (diketuk)
Serai dua batang (diketuk)
Garam

Masukkan semua bahan-bahan di atas, rebus dalam periuk. Tunggu sehingga kulit kerang terbuka dengan sendirinya.


Sedia dihidangkan. Sedap juga dicicah dengan cili. Tetapi Kak Ida suka menikmati kerang rebus begitu sahaja.

Alhamdulillah, rezeki Kak Ida bukannya kupang, tetapi kerang.


Friday, March 31, 2017

Jemput-jemput bawang

Jemput-jemput bawang sahaja menu pagi ini.

Alhamdulillah.


Mudah, cepat dan sangat ringkas.

Resipi:-

Minyak masak
Tepung gandum 5-6 sudu besar.
Bawang diricih kasar.
Garam Kristal Masakan secukup rasa.

Cara membuatnya:
  1. Masukkan tepung gandum ke dalam mangkuk.
  2. Potongkan bawang besar yang diricih kasar.
  3. Letakkan garam kristal masakan secukup rasa.
  4. Bancuh dengan air. Bancuhan tepung adalah pekat.
  5. Panaskan minyak dan buat dalam bentuk jemput-jemput.
  6. Gorengkan sehingga kekuning-kuningan dan angkat.
  7. Sedia dihidangkan.
Menu menjelang closing!

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my