Jemput-jemput bawang sahaja menu pagi ini.
Alhamdulillah.
Mudah, cepat dan sangat ringkas.
Resipi:-
Minyak masak
Tepung gandum 5-6 sudu besar.
Bawang diricih kasar.
Garam Kristal Masakan secukup rasa.
Cara membuatnya:
- Masukkan tepung gandum ke dalam mangkuk.
- Potongkan bawang besar yang diricih kasar.
- Letakkan garam kristal masakan secukup rasa.
- Bancuh dengan air. Bancuhan tepung adalah pekat.
- Panaskan minyak dan buat dalam bentuk jemput-jemput.
- Gorengkan sehingga kekuning-kuningan dan angkat.
- Sedia dihidangkan.
Menu menjelang closing!
No comments:
Post a Comment