Showing posts with label LAD. Show all posts
Showing posts with label LAD. Show all posts

Saturday, December 23, 2023

Pengalaman melihat pencawang elektrik

Pertama kali melihat pencawang elektrik dari dekat. Gara-gara membantu rakan sekelas membuat tugasan bagi subjek GIS.

Kak Ida kongsikan sekitar pemandangan yang ada dan dalam sejarah, perjalanan masuk ke tempat ini cukup mengujakan Kak Ida.







Terima kasih tidak lupakan Kak Ida menikmati pengalaman ini. 

Monday, December 11, 2023

Pengalaman ke Muzium Kehakiman, Mahkamah Persekutuan

Sebagaimana yang Kak Ida janjikan, posting khas untuk Muzium Kehakiman, Putrajaya.

Sahabat Kak Ida yang berhajat ke Putrajaya, jangan lepaskan peluang untuk membawa anak-anak ke Muzium ini.


Disini, ada beberapa bahagian yang kita boleh lihat seperti undang-undang pada Zaman Kerajaan Terengganu iaitu Batu Bersurat, Era Penjajahan Belanda dan lain-lain.






Cokmar yang wajib ada di dalam setiap bilik kamar Mahkamah. Cokmar ini merupakan lambang kebesaran, kekuasan dan keadilan Mahkamah.



Bilik Ketua Hakim Negara.






Justice Hall of Fame








Mahkamah-mahkamah di Malaysia.



Kerusi hakim.




Baju yag digunakan oleh hakim.




Dahulunya, wig ini dibuat dari bulu kuda. 


Jangan lupa datang ke muzium ini. Sangat menarik untuk anak-anak yang ingin tahu tentang fungsi kehakiman di Malaysia.

Lawatan Tapak Projek Kuari

 Salam bloggers,

Alhamdulillah. Kak Ida berpeluang untuk melawat tapak projek kuari bagi melengkapkan lagi pemahaman dalam subjek Undang-undang Penyewaan.

Kami berkumpul di Pejabat Tanah Kulai pada jam 10.00 pagi untuk bergambar kenang-kenangan bersama pensyarah pengiring sebelum bergerak ke tapak kuari yang pertama.

Kami disambut oleh Mr Wong yang merupakan Pengarah Urusan. Beliau berkongsi serba sedikit tentang syarikat, terma-terma dalam syarat perjanjian dan produk yang dihasilkan oleh kuari.

Ruang pemerhati.


View kuari dari ruang pemerhati. Alhamdulillah, cuaca cukup baik pada hari itu.



Ini merupakan kali pertama Kak Ida berpeluang melawat tapak kuari. Memang memberikan pengalaman manis untuk Kak Ida bagi semester ini.


Terima kasih Mr Wong atas perkongsian yang diberikan. Banyak pengetahuan dan ilmu baru yang diperoleh dalam lawatan kali ini.

Ada rezeki kita berjumpa lagi. Insya Allah.






Monday, May 15, 2023

Trip Singapura | Masjid An Nur

Alhamdulillah, perancangan yang memakan masa hampir sebulan berjaya dilaksanakan. Sedikit demi sedikit Kak Ida buat persiapan seperti pertukaran duit, passport dan lain-lain.

Kak Ida hanya menukar $120 untuk duit makan dan shopping sedikit cenderahati untuk dibawa pulang. Pembayaran seperti sewa kereta, parking dan lain-lain sudah dibayar lebih awal. 


Ketika ini, RM 336/$100 Dollar Singgapore. 

Seawal jam 3.00 pagi Kak Ida sudah mula bersiap-siap. Mujur mama kejutkan. Risau kalau tidak bangun. Hehehe...

Mengikut jadual, jam 4.00 pagi kita akan mula berkumpul di Pekan Rabu sebelum bergerak masuk. Dr sempat membelikan sarapan pagi di McDonalds untuk bekal kami disana nanti.


Alhamdulillah, trafik dan proses di Imigresen Malaysia/Singapura berjalan lancar. Kami sampai di Masjid An Nur ngam-ngam solat Subuh berkumandang. Lain sungguh perasaannya lebih-lebih lagi melihat rakyat Malaysia mencari rezeki di negara orang.




Masjid ini juga adalah check-point pertama kami bila sampai di Singapura. 

Wednesday, February 22, 2023

Yeay, semester baru akan bermula...

Assalammualaikum, 

Salam blogger,

Alhamdulillah, hari ini sengaja "menggatalkan" jari menekan laman web smp UTM.

Bukan apa, mana tahu ada results yang keluar. Hahaha... Hilang sedikit rasa debar ni kan?

Malangnya, keputusan belum dipaparkan lagi. 

Kemudian, jari ini menekan submenu "Pendaftaran Kursus", syukur, semuanya telah diterima pada 20 Februari 2023 yang lalu oleh Pensyarah Penyelaras.

Semester 2022/2023-II kali ini, Kak Ida mengambil tiga subjek dengan lapan (8) mata kredit.

Kak Ida mengambil Teknologi Bangunan, Pengurusan Akaun dan Kewangan serta Penilaian Pembangunan dan Pelaburan.

Boleh tahan juga "killer" subjek untuk semester kali ini.

Paling penting, cabaran baru, persekitaran yang baru.

Doakan Kak Ida dapat GOT (Graduate On Time) ya kawan-kawan. Tidak sabar untuk menghabiskan pengajian ini. Lepas ini, Kak Ida mahu menyusun perancangan baru pula.

Slowly but surely. 

Amin amin YRA.

Jumpa lagi di next posting. Tata.

Monday, January 23, 2023

Kad Prihatin Siswa dari RHB

Minggu lepas, Kak Ida ada menerima email untuk mengaktifkan Kad Prihatin Siswa.

Kak Ida memang bercadang untuk mengambil pada waktu petang. Tetapi itulah, ingatkan datang petang tidak ramai, tetapi kus semangat! 

Mungkin pelajar ambil keputusan untuk makan tengahari, solat dan terus ke Dewan Perdana. Sekali harung orang kata.

Mujur tidak mengambil masa yang lama.

Semakan melalui QR code. Jika status berwarna hijau atau kuning, baru nombor giliran akan diberikan oleh urusetia.

Tunggu sehingga nombor giliran dipanggil. Kemudian, beritahu fakulti mana dan sama ada kita SPACE atau tidak. Fuh, ambil gambar 4 tahun lepas ketika mendaftar menjadi mahasiswa. Patutlah nampak muda. Hehehe...

Bila kak Ida bagitahu kita dari SPACE, lagi cepat urusannya. Tidak perlu beratur panjang seperti pelajar sepenuh masa.

Selesai mengambil kad, kita pergi pula ke kaunter sebelah untuk activated akaun dan mobile account. Tidak sempat panas punggung duduk, nama terus dipanggil.

Sebelum balik, singgah dikaunter cabutan bertuah, nah... dapatlah notebook dan bookmark. Alhamdulillah.

Ayuhlah pulang ke sarang. Malam ini ada kelas terakhir sebelum semester ini tamat secara rasminya. 

See you next posting. Tata 

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my