Wednesday, February 22, 2023

Yeay, semester baru akan bermula...

Assalammualaikum, 

Salam blogger,

Alhamdulillah, hari ini sengaja "menggatalkan" jari menekan laman web smp UTM.

Bukan apa, mana tahu ada results yang keluar. Hahaha... Hilang sedikit rasa debar ni kan?

Malangnya, keputusan belum dipaparkan lagi. 

Kemudian, jari ini menekan submenu "Pendaftaran Kursus", syukur, semuanya telah diterima pada 20 Februari 2023 yang lalu oleh Pensyarah Penyelaras.

Semester 2022/2023-II kali ini, Kak Ida mengambil tiga subjek dengan lapan (8) mata kredit.

Kak Ida mengambil Teknologi Bangunan, Pengurusan Akaun dan Kewangan serta Penilaian Pembangunan dan Pelaburan.

Boleh tahan juga "killer" subjek untuk semester kali ini.

Paling penting, cabaran baru, persekitaran yang baru.

Doakan Kak Ida dapat GOT (Graduate On Time) ya kawan-kawan. Tidak sabar untuk menghabiskan pengajian ini. Lepas ini, Kak Ida mahu menyusun perancangan baru pula.

Slowly but surely. 

Amin amin YRA.

Jumpa lagi di next posting. Tata.

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my