Friday, April 10, 2020

Projek Kraf Aina | Memerizing String Art

Hai semua.

Tenggelam betul Kak Ida seiring dengan lamanya tempoh waktu PKP ini. Insya Allah, dari hari ke hari, Kak Ida cuba mengemaskini blog dari apa yang Kak Ida kongsikan di Facebook.

Bulan April merupakan Sambutan Hari Autisme yang disambut setiap 2hb April setiap tahun. Sekolah Aina tidak melepaskan peluang dengan menganjurkan aktiviti bagi menyemarakkan bulan tersebut.

Ada dua aktiviti yang dibuat iaitu mewarna dan kraf. Pelajar hanya boleh memilih salah satu aktiviti dari aktiviti tersebut. Seperti biasa, si dia sangat menggalakkan Aina berkarya melalui kraf.

Sebenarnya, agak lama juga Kak Ida mencari idea yang bersesuaian dengan Aina. Alhamdulillah, Allah berikan idea apabila Kak Ida melihat satu video di Facebook tentang memerizing string art. Terus Kak Ida Google dan Youtube untuk dapatkan kefahaman yang lebih jelas.

Alhamdulillah, si dia bersetuju.

Memerizing string art ini hanya memerlukan cutting board (si dia tukarkan dengan paper straw kerana lebih ringan), paku (0.5 mm), benang, gunting, pemukul paku dan lukisan.


Sengaja memilih warna yang terang-terang kerana untuk Austim berwarna biru.


Paper straw dilipat dan ditampal dua untuk menjadikan lebih tebal.


Lukisan yang kami pilih. Ada bentuk "love" kerana Aina amat sukakan bentuk tersebut. Puzzle pula memang sinomin dengan Autisme.


Aina sudah mula menyusun paku mengikut garisan hitam. 


Semua berebut nak menyusun paku. Hihihi


Akhirnya, masa untuk string menggunakan benang. Kami berdua membuat keputusan untuk tidak menggunakan kaedah "simetri". Terpulang pada Aina untuk membentuk dan mengikat benang tersebut mengikut kreativiti.


Baru siap satu puzzle. Memang si dia sengaja tidak menanggalkan kertas untuk membolehkan Aina "meniru".


Teruskan dengan puzzle yang lain pula. Ganbatte Aina.


Alhamdulillah, inilah hasil dari memerizing string art. Ada lagi yang perlu ditambah baik. 


Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my