Wednesday, March 28, 2018

Homeschool | Chocolate Making Edu-Tour for kids

Alhamdulillah, projek homeschool Kak Ida akan datang.

Antara pengisian kali ini adalah:-

  • Welcoming drink.
  • Slide presentation chocolate making.
  • Gift.
  • Chocholate making tour.
  • DIY chocolate session.


Monday, March 26, 2018

It's not egg

Ammar, jom makan roti egg.

"No, it's not egg!"

Egg pada Ammar bermaksud telur dadar. Bukan omelette atau telur rebus. Walaupun pada asasnya "egg", tetapi bagi mereka bukan.

Anak autism memang "rigid".


Sunday, March 25, 2018

Cantiknya bubble

Aiseymen,




Pelik juga, rasa macam tiada tiupan angin. Macam mana bubble "terbang" cantik.

Toleh ke kiri, Allah...

Rupa-rupanya...

"Asal terbang bubble tu yang..." jawab si dia.

Bertuah!


Wednesday, March 21, 2018

Tiga ciri kanak-kanak ADHD

Tiga ciri utama kanak-kanak yang mempunyai ADHD.


Hiperaktif

Kanak-kanak ADHD TIDAK semestinya hiperaktif. Mereka yang tidak hiperaktif ialah kanak-kanak ADHD jenis Inattentif. Manakala bagi kanak-kanak ADHD yang hiperaktif, mereka ini sangat cergas seolah-olah mereka mempunyai tenaga dua kali ganda dari yang lain. 

Mereka sering berjalan, berlari-lari, memanjat dan tidak boleh duduk diam. Walaupun terlibat dalam aktiviti senyap, mereka akan kelihatan resah sambil menggerakkan tangan dan menggoyangkan kaki. 

Ciri hiperaktif kanak-kanak ADHD perempuan tidak semestinya sama seperti kanak-kanak ADHD lelaki. Hiperaktif bagi kanak-kanak ADHD perempuan adalah lebih kepada percakapan. Mereka suka bercakap secara berlebihan atau sukar untuk berhenti bercakap. Mereka pandai bercerita dan pandai meniru gaya atau fesyen atau watak tertentu.

Tumpuan yang singkat 
Ini merupakan ciri utama kanak-kanak ADHD. Mereka tidak dapat memberi tumpuan yang lama semasa guru sedang mengajar dan juga semasa sesiapa sahaja sedang bercakap dengan mereka. 

Bagi kanak-kanak ADD atau ADHD jenis inattentif, mereka sering kelihatan tidak fokus, mudah hilang tumpuan dan selalu nampa mereka mengelamun atau berangan. Sama ada hiperaktif ataupun tidak, tumpuan yang dapat diberi oleh kanak-kanak ADHD biasanya sekitar 10 hingga 15 minit sahaja. 

Oleh sebab itu, mereka menghadapi kesukaran untuk menyelesaikan dan menyiapkan sesuatu aktiviti atau tugasan mengikut arahan, peraturan dan tempoh masa yang telah ditetapkan. Mereka akan banyak melakukan kesilapan dan kesalahan dalam kerja sekolah. Mereka juga mudah lupa walaupun ia tidak munasabah berdasarkan IQ atau usia mereka. Malah tidak hairan jika mereka sering kehilangan alat tulis setiap kali ke sekolah.

Kurang sabar 
Ciri ini amat ketara bagi kanak-kanak ADHD jenis hiperaktif-impulsif dan jenis gabungan. Mereka sering kurang sabar dalam kehidupan seharian. 

Mereka tidak suka menunggu dan mahu semuanya cepat sahaja. Mereka juga cepat kecewa dan mudah beremosi atau tantrum. Sikap kurang sabar mereka berkait dengan masalah impulsiviti, iaitu kesukaran untuk berhenti berfikir sebelum bertindak. 

Tanda-tanda impulsiviti mereka termasuklah sukar mematuhi peraturan secara konsisten, melakukan perbuatan atau perkara yang tidak munasabah dan mengganggu serta mengusik kanak-kanak lain secara agresif atau secara tiba-tiba. 

Mereka selalunya pantas memberi jawapan sebelum soalan yang lengkap diajukan dan cenderung untuk mengganggu perbualan orang lain. Jika tidak memahami masalah mereka, kanak-kanak ini akan dianggap nakal dan biadap. Selain itu, masalah impulsiviti menyebabkan mereka mudah mendapat kemalangan dan kecederaan.

Semoga perkongsian ini bermanfaat. 

Jungle Tracking for Kids

Alhamdulillah, hari ini anak-anak menyantuni program Jungle Tracking for Kids anjuran tadika ke UTM.

Setelah berlatih selama dua hari. Hihihi


Sebelum pergi, solat dhuha berjemaah untuk memohon urusan hari ini dipermudahkan. Insya-Allah




Terima kasih teacher kerana berkongsi gambar anak-anak yang cukup teruja mengikuti program ini.

Choose to be good anak-anak. Ibu doakan keselamatan anak-anak dan teacher di bawah lindungan rahmat dan kasih sayang Allah SWT.













Insya-Allah, amin.

Tuesday, March 20, 2018

The Lunch Buffet Specialist | V8 Hotel

Hari ini Kak Ida berkesempatan untuk riki-riki hotel untuk Hari Keluarga Zon Pulau Aur yang bakal berlangsung pada bulan September nanti. Insya Allah.



Selepas sesi perbincangan tamat, Kak Ida dan teamate tertarik dengan tawaran The Lunch Buffet Specialist yang berharga RM 12.00 nett per person di V8 Hotel.



Oh ya, V8 Hotel ini terletak di Jalan Jati 2, Taman Nusa Bestari, Johor Bahru.

Murah kan harga set lunch yang ditawarkan. Ok sangat-sangat bagi mereka yang mahu merasai suasana baru.

Antara menu yang dihidangkan adalah nasi putih, sup ayam, kari ayam, kari telur, sayur masak lemak, ikan masak kicap, dessert seperti kek, rojak dan buah-buahan serta salah.

Ada juga minuman panas disediakan.

Tawaran ini hanya sah pada hari Isnin sehingga Jumaat dari jam 12.00 tengahari sehingga 2.30 petang. Kak Ida sarankan supaya membuat tempahan terlebih dahulu sebelum kita datang ke sana.

See you next entry. Tata.

Monday, March 19, 2018

Kajian Indeks Keterlibatan Penjawat Awam (IKPA) 2018

#DoneJawab


Kajian ini bertujuan untuk mengukur tahap keterlibatan warga JUPEM dalam Perkhidmatan Awam dan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi tahap keterlibatan tersebut.

Alhamdulillah, Kak Ida adalah salah seorang dari 60% daripada penjawat awam yang menjawab kali selidik ini secara atas talian.

Terapi pasir

Terapi pasir adalah satu bentuk pengalaman (experiental) kepada anak-anak (malah orang dewasa juga) dengan menggunakan pasir.

Terapi pasir ini memberi peluang kepada individu untuk "meluahkan" perasaan atau emosi.

Banyak aktiviti yang boleh dibuat dengan terapi pasir sama ada dalam bentuk permainan atau bukan permainan.

Kali ini Kak Ida memilih kawasan pantai untuk bermain dengan pasir.


Tidak semestinya di kawasan pantai anak-anak boleh bermain pasir ya tetapi boleh dilakukan dengan menggunakan bekas atau dulang yang diisi dengan pasir.

Ia juga boleh dilakukan dikawasan yang dibina secara khusus untuk anak-anak bermain pasir.

Bagi anak-anak yang bekeperluan khas, aktiviti menggunakan pasir ini adalah sebagai salah satu cara terapi yang digunakan bagi memperbaiki pelbagai masalah-masalah yang dihadapi terutama aspek perkembangan diri iaitu fizikal, mental, emosi, sosial dan aspek perkembangan yang lain.


Menurut Pakar Psikologi Kanak-kanak di Pusat Psikologi Malaysia, Doktor Mark Pearson, "Kegemaran kanak-kanak bermain pasir dan barang permainan secara tidak langsung memberi peluang kepada mereka untuk meluahkan apa yang terbukur dalam hati tanpa paksaan."

Menarik kan.

Ini bermakna, penggunaan terapi menggunakan pasir membuatkan kanak-kanak lebih tenang dan mereka akan berfikir melakukan sesuatu mengikut daya kreativiti mereka. 

Selain itu, ia juga dapat mengurangkan perasaan marah atau tidak puas hati yang ada dalam diri mereka.


Sunday, March 18, 2018

Composting Recycling Workshop

Setelah program RDA, Kak Ida bergegas untuk merestok barang dagangan dan juga perlu COD Qaseh Gold Junior dan tamar cocoa ke beberapa tempat.

Bercuti tetapi bisnes tetap berjalan seperti biasa. Syukur, rezeki anak-anak sentiasa ada.

Petang Kak Ida menyantuni pula Composting Recycling Workshop untuk Ammar yang diadakan di My Library, Taman Sutera Mall.


Allahu, sebenarnya Kak Ida tersilap tengok masa. Berkejar Kak Ida dan si dia ke sana. Huhuhu.

Sampai disana, Ammar terus duduk dan buat aktiviti yang telah disusun.





Aktiviti pertama, mengasingkan perkara yang boleh dibuat baja kompos. Antaranya daun kering, sisa-sisa makanan, kulit buah-buahan, dan lain-lain.

Kemudian, Ammar perlu warnakan dan menampal pada kertas yang disediakan.



Ammar membantu menggunting daun kering untuk dimuatkan ke dalam botol.




Ammar melihat proses membuat baja kompos dilakukan.





Setelah baja dicampurkan dengan barang-barang yang boleh dikomposkan, botol tersebut perlu roll it setiap hari.


Aktiviti kedua adalah cara membuat baja kompos. Memang teruja betul Kak Ida dibuatnya. Baja kompos ini digunakan sebagai baja organik untuk menanam pokok.



Aktiviti ketiga adalah membuat worm house (rumah cacing).



Ammar teruja untuk menghias worm house.













Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...