Sunday, March 18, 2018

Riding for Disable Association (RDA) 2018

Assalammualaikum...

Hari ini Kak Ida bercuti. Program back to back sepanjang hari ini.

Setelah hampir tiga bulan menanti, akhirnya kelas RDA (Riding for Disable Association) untuk Ammar dan Aina dimulakan semula bagi tahun 2018.

Syukur, Ammar dan Aina masih terpilih di dalam program ini.

Kak Ida memilih waktu pagi pada kali ini kerana waktu telah bertindih dengan program Composting Recycling Workshop Ammar di sebelah petang.


Sesi pendaftaran bermula jam 8.30 pagi. Jika disebelah petang, sesi pendaftaran dimulakan pada jam 4.30 petang. Kehadiran anak-anak perlu direkodkan.


Giliran Aina naik terlebih dahulu. Aina memang cukup teruja dengan haiwan. 


Star of the day. Ramai juga peminat Aina. Hihihi


Giliran Ammar pula. Seperti biasa, drama king. Mula-mula memang meraung sakan memanggil si ayah. Alhamdulillah, berkat kesabaran therapist tiba-tiba Ammar bertenang untuk mencuba bagi sesi kedua pula. 



Terima kasih kepada para pelajar dan teraphist yang terlibat dengan program Riding for Disable Association ini. Terapi yang cukup bermakna untuk anak-anak istimewa ini.

Walaupun sekejap tetapi peluang yang diberikan cukup bermakna.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...