Monday, March 12, 2018

Tips makbulkan doa

Assalammualaikum semua,


Reflection Kak Ida hari ini adalah tips doa makbul yang dikongsi dalam keluarga besar telegram.

Perkongsian ini juga adalah sebagai ingatan diri Kak Ida juga.

Setiap hari Jumaat selepas waktu Asar sehingga masuk waktu Maghrib adalah waktu yang mustajab untuk kita berdoa kepada Allah swt. Ambil peluang ini untuk berdoa dengan sebaik-baiknya dan sertakan sekali "rombongan meminang".

Sebelum berdoa,
  1. Sedekah. Bersedekah dapat meluaskan jalan rezeki yang sempit.
  2. Membaca Al Quran atau Al Fatihah. Ini merupakan amal soleh yang mempunyai nilai pahala yang cukup tinggi.
  3. Berzikir dan beristighfar. Boleh juga Subhanallah Wabihamdihi. Berzikirlah sebanyak-banyaknya dengan harapan dosa kita diampunkan oleh Allah swt yang menjadi penghalang rezeki kita masuk.
  4. Iringlah dengan selawat kepada junjungan kita Nabi Muhammad saw. Letaklah target untuk diri sendiri berselawat sekurang-kurangnya 100 kali dalam sehari.
  5. La haula wala quwwata illa billah
Isikanlah doa-doa kita dengan permintaan dunia dan akhirat. Janganlah lupa untuk,
  1. Memohon keampunan dari Allah. Benar-benar meminta ampun.
  2. Meminta husnul khotimah.
  3. Meminta keselamatan dunia dan akhirat.
  4. Memohon dan meminta kita dimasukkan ke dalam syurga dan ditutupkan pintu neraka.
  5. Memohon diberi kesihatan yang baik.
  6. Diberikan umur yang panjang dan bermanfaat.
  7. Dikurniakan anak keturunan soleh dan solehah.
Tambahkan doa yang lain-lain mengikut keperluan kita. 

Sebagai penutup doa, buatlah lagi seperti pembukaan doa seperti yang Kak Ida kongsikan tadi. Akhirinya dengan surah Al Fatihah. 

Semoga doa-doa kita dimakbulkan oleh Allah swt.

Sekian dulu reflection Kak Ida kali ini. Jumpa lagi di next entry. Insya-Allah. Amin amin YRA.

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my