Tuesday, March 20, 2018

The Lunch Buffet Specialist | V8 Hotel

Hari ini Kak Ida berkesempatan untuk riki-riki hotel untuk Hari Keluarga Zon Pulau Aur yang bakal berlangsung pada bulan September nanti. Insya Allah.



Selepas sesi perbincangan tamat, Kak Ida dan teamate tertarik dengan tawaran The Lunch Buffet Specialist yang berharga RM 12.00 nett per person di V8 Hotel.



Oh ya, V8 Hotel ini terletak di Jalan Jati 2, Taman Nusa Bestari, Johor Bahru.

Murah kan harga set lunch yang ditawarkan. Ok sangat-sangat bagi mereka yang mahu merasai suasana baru.

Antara menu yang dihidangkan adalah nasi putih, sup ayam, kari ayam, kari telur, sayur masak lemak, ikan masak kicap, dessert seperti kek, rojak dan buah-buahan serta salah.

Ada juga minuman panas disediakan.

Tawaran ini hanya sah pada hari Isnin sehingga Jumaat dari jam 12.00 tengahari sehingga 2.30 petang. Kak Ida sarankan supaya membuat tempahan terlebih dahulu sebelum kita datang ke sana.

See you next entry. Tata.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...