Showing posts with label Catatan Kehidupan. Show all posts
Showing posts with label Catatan Kehidupan. Show all posts

Saturday, June 7, 2025

Selamat Hari Raya AidilAdha 1446H

Alhamdulillah, tahun ini Allah S.W.T izinkan untuk si dia berkorban dan beraya di rumah mama.

Kak Ida seronok menjalani ibadah korban disini kerana cukup teratur dan bersistem. Lembu akan sampai awal pagi dalam jam 4.00 pagi di Surau Al Falah, AU4. Kemudian, lembu akan diturunkan satu persatu mengikut giliran dari lori. 

Lembu akan disembelih mengikut arah kiblat dan ada anak muda yang memegang kanvas untuk mengelakkan lembu di atas lori melihat "kawannya" disembelih.

Tahun ini, (as usual) papa dilantik menjadi Ketua Kumpulan 4.


Gagah dan agresif betul lembu nombor 4. 


Nah, tugas rasmi Kak Ida sepanjang masa. Ambil gambar dan video. Hehehe...


Syukur alhamdulillah. #AmmarSayang membantu dari segi mengagihkan air kepada para petugas. Cuaca cukup terik menjelang jam 10.00 pagi.


Alhamdulillah, lembu sudah selamat disembelih. Ya Allah, terimalah ibadah korban suamiku.


Masa untuk melapah. 

Bangga dan seronok sungguh papa bila anak, menantu dan cucu ada untuk bersama-sama membantu melapah daging korban.





Terima kasih si dia.


Beg ini untuk diisi dengan lima (5) kilo daging, organ seperti paru, jantung, limpa dan hati serta tulang rusuk. Baki daging yang lain akan diletakkan di depan khemah surau untuk diagih-agihkan kepada kariah pula.


Inilah group papa tahun ini. Alhamdulillah. Semuanya sporting

 

Tuesday, March 18, 2025

Syiling 125 Tahun Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia

Salam blogger,

Terima kasih rakan sehobi kerana menghadiahkan syiling Ulang Tahun 125 Tahun Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Syiling ini telah dilancarkan di Dewan Perdana Felda, Jalan Maktab Kuala Lumpur pada 14 Oktober 2010 oleh YAB Tan Sri Dato' Muhyiddin bin Mohd Yassin.


Bahagian hadapan syiling ini memaparkan imej seorang juruukur yang sedang menjalankan aktiviti pengukuran menggunakan teodolit. Manakala di bahagian belakang syiling memaparkan logo rasmi JUPEM yang terletak di bahagian tengah duit syiling. 

 

Wednesday, October 23, 2024

Sesi menandatangani Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA)

Alhamdulillah,

Selesai sudah pemilihan opsyen bagi Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) bagi warga JUPEM.

Terima kasih kepada Encik Suhaili bin Sulaiman yang telah menerangkan dengan jelas dan terperinci kelebihan dan kekurangan jika kita memilih SSPA ini.


Taklimat ini telah berlangsung di Dewan Iskandar Puteri, JUPEM. 

Menjadi tanggungjawab untuk menyemak dan memastikan maklumat yang diisi dalam borang adalah betul dan tepat terutama nama dan no kad pengenalan.


Alhamdulillah, selesai sudah semuanya.


Kepada Allah kita berserah. Insya Allah.



Saturday, August 10, 2024

Pengalaman ke Amverton Heritage Resort, Melaka

Alhamdulillah, 

Selepas program Kak Ida di Perpustakaan Awam Cawangan Merlimau tamat, Kak Ida membawa anak-anak bercuti ke Amverton Heritage Resort, Melaka.

Disini, kita perlu membayar deposit RM 50.00 (tunai) dan untuk bayaran tambahan untuk ke kolam renang adalah sebanyak RM 15.00 untuk satu kepala. Syukur, urusan check in selesai dalam tempoh yang singkat.

Mengambil kesempatan cuti umum di Johor dan berhujung minggu bersama keluarga.


It's your day anak. Sungguh, percutian kali ini adalah untuk meraikan "hari ibu". Qada masa selepas peperiksaan akhir sudah selesai.

Terima kasih kerana sentiasa bersabar dengan ibu.


Kak Ida memilih king bed. Bilik ini luas dan mempunyai bath tub untuk anak-anak sambung bermain.

View bilik ini pula berhadapan dengan kolam renang. Kah! memang tidak senang duduk anak-anak melihat orang sudah ramai bermandi-manda di kolam renang.






Selepas makan tengahari berbekalkan nasi putih dan sambal udang, anak-anak sudah menukar baju renang. Cuaca cerah dan agak terik.

Alhamdulillah, kids friendly. Ada life guard yang menjaga keselamatan anak-anak sepanjang masa. Sementara anak-anak mandi, Kak Ida dan si dia menikmati teh tarik dan kudap-kudapan di cafe yang berdekatan dengan kolam. Mudah memantau pergerakan si anak.







Selesai mandi, Kak Ida ambil kesempatan untuk capture beberapa keping gambar sebagai kenang-kenangan. 






Alhamdulillah, percutian dua hari satu malam selesai. Terima kasih Melaka. Insya-Allah, ada rezeki kami datang lagi untuk explore hotel-hotel menarik. 

See you next posting. Tata

Sunday, July 14, 2024

Penghujung Semester

Alhamdulillah,

Another semester sudah hampir ke penghujungnya bila peperiksaan akhir sudah bermula.

Agak kalut minggu lalu kerana dalam masa yang sama Kak Ida juga perlu menyiapkan pembetulan untuk Projek Sarjana Muda yang perlu dihantar dalam tempoh dua minggu.


Dewan rasmi untuk peperiksaan akhir.

Sebenarnya, Kak Ida tidak berapa sihat dalam minggu ini. Hanya mampu tawakal, pasrahkan dan gagahkan diri menjawab soalan. Dua tiga kali Kak Ida keluar dewan kerana batuk dan hati ini rasa cukup bersalah kerana risau mengganggu calon peperiksaan yang lain.

Akhirnya, Kak Ida membuat keputusan untuk keluar awal satu jam dari tempoh tamat. Tidak mampu untuk menunggu lagi.


Selepas makan ubat, Kak Ida terus singgah ke Taman Universiti untuk binding tesis. Tidak mahu membuang masa kerana esok adalah hari terakhir.


Alhamdulillah, kedai fotostat dibuka. Selesai semua urusan, Kak Ida terus balik ke rumah manis untuk berehat. Terasa hari yang panjang bila badan ini tidak sihat.




Tuesday, March 19, 2024

I’m A Quizziz AI Certified Educator

Malam tadi, entah kenapa jari ini menaip "sijil online". Nah, ternampak status tentang Quizziz AI ini. Bila tengok course yang tidak mengambil masa panjang, laju jari ini menekan butang.


Alhamdulillah, dapat juga ilmu/kemahiran baru menjelang bulan April. Antaranya kita boleh generate kuiz dari:

1. Dokumen seperti PowerPoint, PDF dan Docs.

2. Dari website atau laman sesawang. Hanya 'paste' link URL dan Quizizz akan terus generate soalan.

3. Melalui teks. Copy dan paste dari teks, taip topik kuiz dan berikan (prompt) dengan beberapa kata kunci yang berkaitan.

4. Hasikan kuiz dari YouTube. Copy dan paste dari video, terus AI akan generate soalan dari video tersebut.

5. Hasilkan kuiz melalui AI Question Generator.

Ya Allah, semakan mudah sekarang. 

Ingin menambah ilmu baru?

Boleh klik

Get yourself certified at :

Sunday, March 17, 2024

Iftar Syamilia's Family | Restoran Wadi Hana Elarabi

Salam Ranadan ke-5.

Semalam, Kak Ida membuat keputusan untuk iftar diluar kerana Aisyah mahu mencari sesuatu di Angsana. Alang-alang orang kata kan?

Sudah lama Kak Ida tidak menikmati nasi arab di Restoran Wadi Hana Elarabi di Taman Desa Rahmat.

Hampir lewat petang, Kak Ida whatsapp restoran untuk booking dan membayar deposit sebanyak RM 30.00 

Alhamdulillah, kami sampai di area Angsana jam 6.30 petang. Si dia mengajak anak-anak ke Giant Tampoi untuk ke Mr DIY untuk menghabiskan masa sementara menanti waktu berbuka.

Jam 7.00 petang kami bergerak. Cukup mudah urusannya.

Sebut booking atas nama siapa, dan petugas akan maklumkan bilik dan sofa yang kita akan duduk.

Semalam, Kak Ida dapat Room 2, Sofa 3.


 Syukur, semua sudah siap terhidang. Tinggal untuk menanti azan berkumandang sahaja.


Kak Ida memilih set C yang sesuai untuk keluarga kecil kami seramai 6 orang. 


Ambil gambar bersama kesayangan Kak Ida dunia dan akhirat.


Alhamdulillah, memang tidak mengecewakan. Tengok anak-anak makan dengan cukup berselera sekali. Memang berbaloi sangat. 

Ya, inilah iftar pertama kami menikmati makan diluar bagi 2024/1445H.

Terima kasih dan bersyukur atas nikmat Allah s.w.t. 




Thursday, February 22, 2024

Sticker Book Puzzle

Sejenis kegigihan ok!

Kak Ida menyahut cabaran 1000 stickers dalam Sticker Book Puzzle sempena Tahun Baru Cina. Kak Ida mengambil tempoh lima hari untuk menghabiskannya.

Memang puas hati! 

Hehehe...


Kali pertama Kak Ida tidak berjaya menghabiskannya. 

Nah, simpan sini untuk kenang-kenangan. 

 

Tuesday, January 23, 2024

Kursus Penyediaan MyASCii Untuk Penghantaran Data Ukuran

Alhamdulillah, we did it!

Kursus ini dirancang tidak sampai dua minggu. Idea yang baik ini kita cuba untuk direalisasikan lantaran ada masalah berkaitan ASCii.

Kursus ini bermula jam 9.00 pagi bertempat di Tanjung Puteri, Tingkat 9, JUPEM Johor. Seramai 18 peserta merangkumi Cawangan Semakan Kualiti dan Cawangan Pelarasan Data Geospatial.

Kursus ini memberi kefahaman tentang ASCii yang dihantar oleh Jurukur Tanah Berlesen (JTB) mengikut Pekeliling Ketua Pengarah Ukur (PKUP) 6/2009.

Slot pertama dimulakan dengan penghantaran tiga (3) ASCii sebelum pendaftaran lot diluluskan.

Sebenarnya, terdapat beberapa program yang digunakan iaitu ITools dan MyASCii. 

Tiga (3) ASCii itu ialah .pul, .pud dan .pub. Ia merangkumi keluasan mengikut pelan pra hitungan, plot lot dan mengikut format .mdex.

Kemudian, demo untuk penghantaran ASCii dimulakan sebelum kami berhenti rehat (minum pagi) sebelum memulakan taklimat untuk sesi kedua iaitu penghantaran 16 ASCii.

Sesi "hands on" dimulakan.

Terima kasih Akram atas perkongsian ilmu. 

Sebelum balik, kami bergambar kenang-kenangan.

Terima kasih team atas kerjasama padu yang diberikan. Insya Allah, ada rezeki kita akan buat siri kedua dan juga kursus-kursus yang lain. 

Monday, January 15, 2024

Trip satu hari di Bandaraya Johor Bahru

"Yok, senin jom date!"

Amboi... mentang-mentang dia off day.

"Ala, cutilah. Dah lama giler weh aku tak jumpa kau,"

Begitulah. Tidak sampai hati nak menghampakan perasaan. Memang sudah lama tak berjumpa.
Akhirnya Sabtu malam Kak Ida buat keputusan untuk cuti.

"Acah-acah tourist, Ida jadi guide,"

Nama aje orang Joho, tapi mereka tidak pernah jejakkan kaki setiap kali Kak Ida sebutkan nama tempat-tempat yang menarik.

"Kita santai-santai aje Ida..."

Risau juga. Iyelah, selalu untuk diri sendiri.

Bermula lists down tempat, ramalan cuaca untuk hari ini, barang yang perlu dibawa dan here we go!

***
- Sarapan Ambok di Tabung Haji (tutup)
Akhirnya kami membuat keputusan untuk bersarapan di JOTIC.

- Galeri MBJB (tutup) ke
- Galeri Tourism Johor
Cadangan asal Kak Ida hendak membawa ke Galeri MBJB. Malangnya galeri ditutup. Mungkin tidak ramai pengunjung. Sudahnya, kami ke Galeri Tourism Johor sahaja.

- Mahkamah/MBJB
Ambil gambar dan taman bunga di hadapan Mahkamah Tinggi.


- 0KM

Haaa.... ini menarik. Kak Ida sempat kongsikan 0KM yang asal ada berdekatan dengan Pantai Lido. Cuma nak berhenti disitu agak sukar.

"Korang tahu kan ada group pencari 0KM?" haaa... begitulah.

- Pejabat Pos Besar Johor Bahru.
Sempat kongsikan poskod di Johor 80000. Hehehe...


- Jalan Tan Hiok Nee
Haish, Hari Isnin muzium Tan Hiok Nee ini DITUTUP. Kak Ida mampu berhuhu sambil berkongsi gambar apa yang ada di Facebook aje. Takpelah, kita jalan-jalan di Tan Hiok Nee sahaja. Memang lengang sebab masih awal pagi kan.






Banggunan Marrybrown.

-Sekolah Baroka


-Flower In The Window
Ya, cuaca agak panas. Kak Ida bawa mereka ke tempat lepak kegemaran. Kami spent masa disini hampir sejam berborak. Pertama kali merasa lotus chips.









- Kedai roti Salahuddin
Nah, shopping sakan mereka membeli roti disini.

- Masjid India


- Art Street Johor
Menyusuri Art Street Johor di sepanjang laluan ke Galleria Kotaraya. Eh, ada setem Malaya. Apa lagi kan?







- Bangunan Sultan Ibrahim
Mercu Pusat Pentadbiran Negeri Johor yang telah ditutup.



- Solat di Masjid Mahmodiah
Sempat berkongsi, masjid inilah melatari Kalendar MAIJ untuk Tahun 2024.


- Kompleks Warisan Abu Bakar
Ok, Galeri Tenun ditutup untuk renovation. Kak Ida buat keputusan untuk ke Galeri Seni yang bertemakan "Bangkit". Rezeki kami, lawatan disertai dengan pegawai YWJ. Terima kasih Tuan Syed Ahmad. Kami sangat menghargainya atas penerangan yang diberikan.









Kemudian kami ke Rumah Limas pula. Nah, memang sakan bergambar. Kami merasai pengalaman bermain "Petik Gasing" disitu.




Alhamdulillah, walaupun ada kalanya cuaca panas dan kadang kala gerimis, tidak mematahkan semangat untuk menyusuri bandar Johor Bahru.

Lebih kurang halal ya. Merasa diorang pergi ke tempat-tempat kegemaran Kak Ida. Semoga hari ini dapat memberi pengalaman baru untuk mereka. Hehehe...

Ini pun diorang dah request untuk repeat. Kah! Tak serik rupa-rupanya.

Simpan sini untuk kenangan.

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my