Showing posts with label Aina Insyirah. Show all posts
Showing posts with label Aina Insyirah. Show all posts

Wednesday, February 14, 2024

Aturan Cafe Taman Universiti

Yes!

Selepas menikmati western food di Der' Cabin Bistro, Kak Ida mengajak anak-anak ke Kafe Aturan di Jalan Kebudayaan 18 pula. 

Kali ini, untuk pencuci mulut dan menikmati secawan kopi panas bersama si dia.  

Nah, view kafe.


Owner muslim. Alhamdulillah. 



View dari dalam cafe. Menarik!


Seperti biasa, Kak Ida memilih kopi latte dan cappucino untuk si dia. Anak-anak memilih croffle oreo. Ammar sempat memberi komen,

"Kalau ada croffle blueberry lagi sedap kan ibu. Macam kat KL..."

Amboi anak... tersengih Kak Ida mendengarnya.




Tart velvet pilihan Aisyah. 


Cuma itulah, pendapat dua puluh sen. Kalau boleh bila customer minum di cafe, lebih baik kopi dihidangkan di dalam cawan. Selain hendak menikmati rasa kopi, kita nak "jamu mata" dengan art yang dihasilkan oleh barista. Agak kecewa sebenarnya bila kopi dihidang di dalam container

Rosak art. Hehehe... 


Antara dekorasi yang ada.

So far, untuk healing di Skudai atau melepak bersama teman-teman atau keluarga, Kak Ida boleh mencadangkan untuk ke sini. Insya Allah tidak menghampakan. 

Ok, jumpa lagi next posting. Tata.
 

Pengalaman ke Der' Cabin Bistro Skudai, Taman Universiti

Meraikan birthday girl, Aina Insyirah hari ini.

Kak Ida menyambutnya sehari lebih awal kerana Kak Ida terikat dengan temujanji untuk study group pada keesokkan harinya.

Kali ini, anak-anak teringin menikmati western food. Hendak ke tempat biasa, masing-masing sudah jemu. 

Setelah membuat survey, akhirnya anak-anak bersetuju ke Der' Cabin Bistro yang terletak Jalan Kebudayaan 24, di Taman Universiti.  

Bistro ini terletak berhampiran dengan Balai Polis Taman Universiti.


Bistro ini cukup luas dan selesa. Mempunyai lot parking yang banyak dan persekitarannya bersih. Service di sini juga cepat. Overall Kak Ida puas hati disini.

Anak-anak memilih menu seperti


Pilihan si dia dan Adilah - Cabin Chicken Chop.


Pilihan Ammar - Chicken Alfredo Pasta.


Pilihan Kak Ida - Mushroom Chicken Mushroom.


Pilihan Aina merangkap birthday girl - Mac N Cheese


Pilihan Aisyah - Snow White Chicken

Memang berbaloi dengan harga yang cukup berpatutan. Insya Allah, boleh repeat lagi jika tekak mahu beralih selera. Hehehe...

Ok, jumpa lagi di next posting. Tata...

 

Wednesday, June 28, 2023

Temujanji baru untuk Aina

Ya, belum sampai Kuala Lumpur lagi. Alhamdulillah, mujur mama faham komitmen yang satu ini. 

Gigih menyantuni temujanji untuk Aina. Bukan apa, jika kami bertangguh, tidak pasti lagi tarikh temujanji yang seterusnya akan berlangsung bila. 

Kami sampai awal dari masa yang ditetapkan. Biarlah kami menunggu. Keadaan di sini pun cukup tenang dan orang tidak berapa ramai. Mungkin orang sudah mula bercuti.


Sementara si dia membuat pendaftaran, Kak Ida ke occupational therapy untuk mendapatkan tarikh baru yang terlepas hari itu kerana anak-anak tidak sihat. Akhirnya, Kak Ida dapat berjumpa terapi anak-anak yang menggantikan En Khairul yang telah berpindah ke Sarawak.

Selesai juga urusan yang satu ini.


Nah, memang cukup tenang dan mendamaikan.



Cuaca agak terik disini. Semua urusan berjumpa dengan doktor berjalan lancar. Insya-Allah, akan ada follow up pada bulan hadapan.

Selagi belum discharge, ibu dan ayah akan gagahkan diri untuk menyantuni temujanji anak-anak.

Ok, see you next posting




 

Friday, November 4, 2022

Basikal untuk Aina

"Ayah, tadi Cikgu Syazwan cakap... Nanti masa camping, Aina ada ujian yang kena bawa basikal. Macam mana ni? Aina takde basikal nak belajar..."

Kak Ida pandang si dia, si dia pandang Kak Ida. 

"Aina naiklah skuter. Adilah kan ada skuter... warna pink lagi," tersengih Kak Ida mendengar pelawaan Adilah. Sekurang-kurangnya si adik cuba memberikan cadangan bernas untuk kakaknya.

"Berapa bang harga basikal?" perlahan suara Kak Ida bertanya. Risau anak mendengar perbualan kami berdua.

"Boleh tahan juga harga basikal yang. Lebih kurang RM 250 - RM 300. Bergantung pada basikal yang macam mana..."

"Abang pun kena bawa Aina. Dia nak basikal yang macam mana... Jap...," begitulah si dia cuba menenangkan Kak Ida. 

Tengok si dia capai telefon dan WhatsApp seseorang...

"Ada... basikal masih ada ni. Datanglah ambil," 

Kak Ida terdengar voice message dari seseorang dari telefon si dia. 

Eh? 

"Kita singgah Skudai Baru jap Ida. Alhamdulillah, kawan abang memang nak bagi basikal anaknya,"

Mujur baru sampai di Taman Sri Skudai, tidaklah orang perlu menunggu lama kedatangan kami.

... dan membuatkan Kak Ida terharu, 

Bukan satu, tetapi dua basikal yang dia beri. Speechless dengan rezeki yang tidak disangka ini.

Syukur alhamdulillah, kami terus singgah ke kedai basikal untuk betulkan tayar, brek dan lain-lain aksesori. 

"Nanti abang make-up basikal anak-anak. Pergh, terus teringat abang masa kecil dulu..." 

Terpancar muka bahagia si dia dari muka anak-anak. Iyelah, jangan jadi basikal lajak sudahlah. 

Kak Ida simpan kenangan untuk dikenang pada tahun hadapan. 

Updated: 

Alhamdulillah, basikal ini sudah kembali cantik. Uncle pakej spraykan besi yang berkarat supaya berseri kembali.

Sesungguhnya, Kak Ida doakan semoga penyumbang ini dikurniakan rezeki dari segenap penjuru. Amin amin YRA.

Thursday, March 10, 2022

Outing Dzul Iman ke Nusajaya | Forest City

Akhirnya, kami disini. Yeay!

Dalam perjalanan, Kak Ida berkongsi itinerary bersama driver bas yang cukup sporting melayan perangai kami. Atas cadangan beliau dan persetujuan Teacher Gee, kami sampai ke sini.

Perjalanan memakan masa 20 minit. Anak-anak mengambil kesempatan untuk berehat (read: mengumpul tenaga) di dalam bas. 




Aktiviti di sini adalah menikmati makan tengahari dan bermain di pantai.

Berselera sungguh Kak Ida menikmati menu nasi putih dan ayam masak kicap. Sedap betul rasanya. Cuaca pula redup. Tidak terlalu panas. 

Setelah siap makan, kami mula mengemas untuk ke pantai. Mana yang mahu ke bilik air, singgah dulu. Hehehe...

Mana yang tidak pergi ke tandas, kami meninjau kawasan hijau yang cukup menenangkan. 


Di pantai, kami mengambil kesempatan untuk bergambar kenang-kenangan bersama arca bertemakan laut yang ada disitu. Anak-anak pula seperti biasa, mengasah sensori dengan bermain pasir. 

Cuaca di pantai memang terik. Pheww... 





Spot Adilah di mana? Hehehe...






Tidak sah kalau ke pantai tidak bermain pasir.



Pantai disini bersih.





Alhamdulillah, dalam jam 1.30 petang, kami sudah mula bergerak pulang. Ada satu destinasi terakhir sebelum outing ini berakhir dengan rasminya. 


Outing Dzul Iman ke Nusajaya | Puteri Harbour

Selepas ke [ Dataran Mahkota ], kami ke Puteri Harbour yang terletak tidak jauh dari Dataran.

Dahulu Puteri Harbour ini adalah salah satu tempat kawasan kegemaran Kak Ida melepak. Kawasan ini ada marina tempat kapal-kapal mahal berlabuh.

Kami ke sini untuk "take five" untuk anak-anak ke tandas sebelum ke Marina Walk.




Sambil menikmati pemandangan laut, Kak Ida mengambil kesempatan untuk mengambil gambar sebagai kenang-kenangan. Sejujurnya, tempat ini seperti tidak terjaga apabila melihatkan arca yang sudah berkarat. 


View masih cantik, untuk bergambar kenangan. Tidak mengapa. Tidak jauh dari satu tempat ke satu tempat yang lain.



Ok, cukup disini. Sempat singgah untuk membeli air untuk menghilangkan rasa haus. Ayuh, kita teruskan perjalanan ke mana selepas ini?

Ya... [ Forest City ]

Sekarang, seperti padang jarak padang terkukur. Tiada lagi kedai-kedai makan disini. Arca pun seperti t

Outing Dzul Iman ke Nusajaya | Dataran Mahkota

 Selepas ke Emerald Lake, roda bas bergerak menuju ke salah satu tempat yang menarik di Nusajaya iaitu Dataran Mahkota, Kota Iskandar.




Dataran Mahkota ini menempatkan bangunan-bangunan pentadbiran yang terletak di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Johor.

Disini juga menempatkan plaq-plaq yang menceritakan tentang sejarah-sejarah Negeri Johor. Antaranya ialah, nama-nama pemerintah dan sultan-sultan yang pernah memegang takhta pentadbiran Kerajaan Negeri Johor, nama-nama anak Johor yang terbilang bermula dari Sultan Alauddin Riayat Shah II sehinggalah ke Sultan yang memerintah sekarang iaitu Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar. 

Selain itu, nama Menteri Besar Johor yang pertama turut ada iaitu Dato' Jaafar bin Ibrahim, iaitu bapa kepada Dato Onn bin Jaafar.





Yeay, mission accomplished. Perjalanan seterusnya, kami akan ke [ Puteri Harbour ]

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my