Showing posts with label Homeschooling. Show all posts
Showing posts with label Homeschooling. Show all posts

Monday, June 2, 2025

Homechooling | Muzium Telekom

Hai sahabat bloggers Kak Ida.

Jelajah Muzium kali ini, Kak Ida membawa anak-anak ke Muzium Telekom yang terletak di simpang Jalan Gereja / Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur.

Ok, tips paling penting untuk ke muzium ini adalah pada cuti sekolah. Kita boleh parking kereta berdekatan dengan sekolah-sekolah yang ada di Jalan Gereja. Tidaklah boleh Kak Ida bayangkan kalau ke sini hendak parking dimana. Huhuhu...

Tiket masuk adalah RM 2.00 untuk kanak-kanak dan pembayaran adalah cashless ya.



Sebenarnya, kami banyak mengimbau kenangan melihat deretan-deretan telefon yang ada di zaman Kak Ida. Bermula dari duit syiling sehingga ke prepaid card.

Siapa yang ada kenangan, boleh drop comment ya!


Koleksi telefon






Oh ya, kalau datang ke sini, jangan lupa dapatkan cop kenang-kenangan Muzium Telekom ok. Bawa buku jurnal dan mintalah cop pada pegawai yang bertugas.


 

Saturday, March 15, 2025

Getting Into The Wild in Iskandar Puteri

Terima kasih Booku Community Library atas penganjuran Program Getting Into The Wild in Iskandar Puteri bersama Kelab Alami.



Penerangan yang diberikan oleh Dr Serina Rahman cukup menarik. Ibu pun sama belajar perbezaan antara seaweed dengan seagrass. Hehehe...


Anak-anak dapat melihat udang lipan, rumpai laut, kuda laut dan lain-lain lagi yang dibawa khas oleh Kelab Alami.


Sesi diteruskan dengan mewarna topeng. Satu yang Kak Ida perasan, anak-anak mewarna kura-kura dengan warna hijau. Kuat betul pengaruh Ninja Turtle. Hehehe...



Sesi diakhiri dengan bergambar kenang-kenangan bersama sukarelawan Kelab Alami. 




Adilah penerima salah seorang dari mewarna topeng tercantik. Yeay! Alhamdulillah.


Memang best!




Saturday, February 22, 2025

Pesona Charity Fun Run and Walk | Sireh Park

Alhamdulillah,

Kak Ida diizinkan untuk ke Program Pesona Charity Run & Walk sempena Sambutan Hari OKU dan Hari Wanita Sedunia yang berlangsung di Sireh Park.

Kak Ida dan anak-anak sampai dalam jam 7.21 pagi. Kus semangat. Orang sudah mula berkumpul untuk aktiviti senamrobik bagi sesi pemanasan badan.



Sudah lama tidak berjumpa dengan Encik Sabar.



Terima kasih Adilah temankan ibu "berjalan-jalan ala mak leha". Itupun dah separuh nyawa. Kah!

Dalam masa yang sama, Aina dan Ammar sudah mulakan aktiviti mewarna yang akan berlangsung pada jam 8.30 pagi selama 45 minit.


Sementara menantikan anak-anak mewarna, Kak Ida dan Adilah berjalan di reruai yang disediakan oleh penganjur. Sempat membeli vitagen, membuat pemeriksaan kesihatan dan lain-lain lagi bagi bertukar-tukar pandangan dan pendapat.

Kemudian, Adilah request untuk bermain Lego Young Engineers. 





New connection, new member. Yeay. 




Syukur, Aina berjaya mendapat tempat keempat dalam pertandingan mewarna. Alhamdulillah. 


Ok anak, ayuh pulang. Ibu sudah capek! Simpan sini untuk kenang-kenangan.

Saturday, February 15, 2025

Jelajah Perpustakaan | Booku Community Library

Jelajah Perpustakaan

Reward habis peperiksaan semalam.

Hari ini Kak Ida ke Booku Community Library yang terletak di Gelang Patah. Sebenarnya, Kak Ida dapat info berkaitan perpustakaan ini di Instagram. 

"Eh? Semenjak bila ada library kat Gelang Patah?"

 Tetapi itulah, masa tidak mengizinkan untuk pergi kerana terikat dengan kelas.


Semalam, habis sahaja kertas peperiksaan yang terakhir, Kak Ida mengajak anak-anak ke sini.
Wah, walaupun bersifat komuniti dan baru dibuka, bagi Kak Ida perpustakaan ini cukup lengkap dengan fasiliti, selesa dan ruang yang luas untuk membaca. 



Menariknya ada "Activity Of The Month", "Books Donor" dan lain-lain lagi. Semua jenis genre buku ada seperti novel, buku kanak-kanak, kamus dan sebagainya yang boleh dipinjam.

Jom kita tengok ruang disini.





See? Selesa kan?


Sahabat Kak Ida yang berdekatan disini, jangan lupa like Page ok kerana banyak aktiviti yang menarik telah disusun.

Lokasi:
18, Medan Nusa Perintis 3, Taman Nusa Perintis, 81550 Gelang Patah, Johor Darul Takzim

Saturday, November 16, 2024

Homeschooling | Art Street Pengerang

Tidak lengkap jika kita ke Pengerang tidak bergambar kenang-kenangan di Pengerang Art Street. Terdapat hasil karya artis lukisan mural yang boleh menarik perhatian pengunjung untuk ke Pengerang.







"Ibu, ada gambar peti pos!"

Kah. Nasib baik tiada orang kiri kanan. Kalau tak, nampak sangat macam tak pernah jumpa peti pos. Hehehe...

Kak Ida tak lepaskan peluang ambil gambar kenangan.

Done roadschooling ke Pengerang. Alhamdulillah. Ayuh pulang ke sarang

Sejujurnya, ini adalah lukisan mural kegemaran Kak Ida.

Homeschooling | Muzium Nelayan Tanjung Balau

Destinasi keempat: Muzium Nelayan

Tidak jauh dari Taman Awam Tanjung Balau. Kak Ida sampai awal dalam jam 1.40 petang. Sementara menantikan kaunter dibuka, ambil kesempatan mengambil gambar di sekeliling muzium.






Nah, tiket masuk dewasa adalah RM 5.00 manakala kanak-kanak adalah RM 2.00. Affordable sangat kan?

Sejujurnya, Kak Ida ingatkan muzium ni kecil. rupa-rupanya ada empat galeri disini.
- Muzium Nelayan
- Galeri Geologi
- Galeri Kapal Karam Desaru
- Galeri Kapal dan Keselamatan Laut

Jom kita tengok...


Muzium Nelayan Tanjung Balau ini adalah satu-satunya muzium pertama di Asia yang memaparkan kehidupan dan warisan seorang nelayan tradisional di Malaysia. Muzium ini telah dibuka pada tahun 1992 yang mempamerkan alat tangkapan tradisional dan sejarah perikanan di Malaysia.










Seterusnya, kita ke Galeri Geologi. Terdapat lebih dari 200 jenis batu-batuan dalam galeri ini. Batu-batuan ini diperolehi daripada kawasan sekitar Tanjung Balau dan beberapa tempat di Semenanjung Malaysia seperti batu kapur, batu kristal dan lain-lain lagi.

















Selepas ke Galeri Geologi, kita ke Galeri Kapal Karam Desaru. Galeri ini menempatkan pelbagai artifak seperti tempayan, pinggan, mangkuk, sudu dan tembikar dari Negara China.

Ia diperolehi daripada tragedi Kapal Karam Desaru yang karam di perairan Desaru pada tahun 1840an. Kapal karam ini dinamakan Desaru bersempena dengan tempat di mana kapal karam ini ditemui iaitu di Pantai Desaru.





... dan akhir sekali, galeri kapal dan keselamatan laut. Galeri ini menempatkan replika bot dan kapal nelayan moden serta bot persiaran mewah dan alat komunikasi yang digunakan oleh nelayan moden. Selain itu, terdapat model rumah api yang merupakan salah satu keperluan bagi ahli pelayaran atau jurumudi belayar dengan selamat. 

Selain itu, kita boleh mempelajari dan menambah pengetahuan tentang alat-alat komunikasi dan keselamatan oleh nelayan semasa berada di laut jika berlakunya kecemasan.








Insya Allah, menurut sumber ada pertambahan galeri lagi pada masa akan datang.

Disini, sempat beli sekeping fridge magnet untuk jurnal Kak Ida.

Jom anak, kita sambung semula aktiviti petang di Perpustakaan Awam Bandar Penawar.

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my