Showing posts with label Adilah Insyirah. Show all posts
Showing posts with label Adilah Insyirah. Show all posts

Tuesday, January 16, 2024

Musim pemulangan buku teks telah bermula

Musim pemulangan buku teks.

Alhamdulillah, adab meminjam perlu dipulangkan.

Kak Ida dan si dia cuba memulangkan buku teks dengan sebaik-baiknya supaya nanti boleh digunakan terus oleh "adik junior" Adilah.

Memastikan bilangan buku yang dipinjam mencukupi. Kemudian, kami akan susun mengikut subjek matapelajaran supaya memudahkan ustazah untuk menyemak.

Mana helaian kertas yang koyak atau tercabut, kami selotepkan.

Plastik sampul buku kami akan tukarkan yang baru.

Jika hilang, perlu diganti. 

Insya Allah, pahala anak orang lain menggunakan buku ini akan diberikan sebaik-baiknya balasan oleh Allah s.w.t untuk Adilah. 

Amin amin YRA.

Thursday, September 1, 2022

Butterbeans , Nusajaya

Happy Birthday Adilah.

Malam ini menyantuni family time bagi meraikan birthday Adilah. Kak Ida memilih Butterbeans di Nusajaya.

Lewat petang, Kak Ida membuat reservation. Malas hendak menunggu lama. Maklumlah, bawa anak-anak kan? Semua tidak boleh dijangka.



Jam 8.21 malam, Kak Ida sampai ke Butterbeans. Oh ya, Kak Ida memesan chicken chop, iced chocolate untuk Aina, Ammar dan Adilah, hot chocolate untuk Aisyah dan semestinya cappucino untuk si dia. Hehehe...



Kak Ida jatuh cinta dengan "lukisan" di kopi. Seperti kata Aisyah, "sayang nak minum ibu..." hehehe...


Portion chicken chop memang besar. Berbaloi dengan harganya. Sos pun banyak dan diasingkan seperti ini. Jadi, untuk anak-anak memang boleh makan.



Di Butterbeans juga ada pelbagai dessert seperti brownies, pie, cheeseburn cake dan juga crossaint. Kak Ida memilih sepotong kek untuk meraikan birthday Adilah. 

Alhamdulillah, seronok anak-anak disini.

Syukur alhamdulillah.

Again, happy birthday Adilah. Semoga Adilah menjadi anak yang membahagiakan dan penyejuk mata memandang.

Tuesday, August 30, 2022

Happy Birthday Adilah

Alhamdulillah, 

Hari ini Adilah genap berumur 7 tahun. 

Bertemakan unicorn dan warna pink, Kak Ida dan si dia menyiapkan goodies untuk kawan-kawannya.



Goodies bag ini berisi coin bag bertemakan unicorn, makanan ringan dan air kotak perisa strawberry. 

Lembut sahaja warna-warna dalam beg ini.


 

Thursday, March 17, 2022

Menyantuni Darjah Satu

Pagi ini menyantuni pendaftaran darjah satu Adilah.

Sebelum itu, kami berdua bersarapan di nasi lemak MB. Menikmati sepinggan nasi lemak untuk mengalas perut yang lapar. Hehehe


Seawal jam 9.00 pagi, Kak Ida sudah terpacak di depan sekolah. Bukan apa, selesai awal, cepatlah juga Kak Ida dapat balik ke pejabat semula. 

Sebelum itu, Kak Ida menyantuni kelas Aina dan Ammar apabila melihat ibubapa darjah satu sudah mula menunggu untuk membayar yuran dan membeli buku sekolah.

"Ooo, ini adik Aina ya?"

"Adiknya sekolah disini ke?"

"Aina banyak bercerita tentang Adilah..." seorang demi seorang cikgu menegur bila perasankan kehadiran Kak Ida disitu.

Sudah! Tersipu-sipu Adilah dibuatnya. Malu pun iya juga!

Alhamdulillah, urusan pagi ini dipermudahkan oleh Allah s.w.t. Kak Ida juga berkesempatan untuk menunjukkan di mana kantin dan kelas Adilah nanti.



Good luck Adilah. Insya-Allah, sesi persekolahan penggal 2022/2023-2 ini akan bermula pada 21 Mac 2022 nanti. Ibu doakan yang terbaik untuk anak-anak ibu.

Thursday, March 10, 2022

Outing Dzul Iman ke Nusajaya | Forest City

Akhirnya, kami disini. Yeay!

Dalam perjalanan, Kak Ida berkongsi itinerary bersama driver bas yang cukup sporting melayan perangai kami. Atas cadangan beliau dan persetujuan Teacher Gee, kami sampai ke sini.

Perjalanan memakan masa 20 minit. Anak-anak mengambil kesempatan untuk berehat (read: mengumpul tenaga) di dalam bas. 




Aktiviti di sini adalah menikmati makan tengahari dan bermain di pantai.

Berselera sungguh Kak Ida menikmati menu nasi putih dan ayam masak kicap. Sedap betul rasanya. Cuaca pula redup. Tidak terlalu panas. 

Setelah siap makan, kami mula mengemas untuk ke pantai. Mana yang mahu ke bilik air, singgah dulu. Hehehe...

Mana yang tidak pergi ke tandas, kami meninjau kawasan hijau yang cukup menenangkan. 


Di pantai, kami mengambil kesempatan untuk bergambar kenang-kenangan bersama arca bertemakan laut yang ada disitu. Anak-anak pula seperti biasa, mengasah sensori dengan bermain pasir. 

Cuaca di pantai memang terik. Pheww... 





Spot Adilah di mana? Hehehe...






Tidak sah kalau ke pantai tidak bermain pasir.



Pantai disini bersih.





Alhamdulillah, dalam jam 1.30 petang, kami sudah mula bergerak pulang. Ada satu destinasi terakhir sebelum outing ini berakhir dengan rasminya. 


Outing Dzul Iman ke Nusajaya | Puteri Harbour

Selepas ke [ Dataran Mahkota ], kami ke Puteri Harbour yang terletak tidak jauh dari Dataran.

Dahulu Puteri Harbour ini adalah salah satu tempat kawasan kegemaran Kak Ida melepak. Kawasan ini ada marina tempat kapal-kapal mahal berlabuh.

Kami ke sini untuk "take five" untuk anak-anak ke tandas sebelum ke Marina Walk.




Sambil menikmati pemandangan laut, Kak Ida mengambil kesempatan untuk mengambil gambar sebagai kenang-kenangan. Sejujurnya, tempat ini seperti tidak terjaga apabila melihatkan arca yang sudah berkarat. 


View masih cantik, untuk bergambar kenangan. Tidak mengapa. Tidak jauh dari satu tempat ke satu tempat yang lain.



Ok, cukup disini. Sempat singgah untuk membeli air untuk menghilangkan rasa haus. Ayuh, kita teruskan perjalanan ke mana selepas ini?

Ya... [ Forest City ]

Sekarang, seperti padang jarak padang terkukur. Tiada lagi kedai-kedai makan disini. Arca pun seperti t

Outing Dzul Iman ke Nusajaya | Dataran Mahkota

 Selepas ke Emerald Lake, roda bas bergerak menuju ke salah satu tempat yang menarik di Nusajaya iaitu Dataran Mahkota, Kota Iskandar.




Dataran Mahkota ini menempatkan bangunan-bangunan pentadbiran yang terletak di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Johor.

Disini juga menempatkan plaq-plaq yang menceritakan tentang sejarah-sejarah Negeri Johor. Antaranya ialah, nama-nama pemerintah dan sultan-sultan yang pernah memegang takhta pentadbiran Kerajaan Negeri Johor, nama-nama anak Johor yang terbilang bermula dari Sultan Alauddin Riayat Shah II sehinggalah ke Sultan yang memerintah sekarang iaitu Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar. 

Selain itu, nama Menteri Besar Johor yang pertama turut ada iaitu Dato' Jaafar bin Ibrahim, iaitu bapa kepada Dato Onn bin Jaafar.





Yeay, mission accomplished. Perjalanan seterusnya, kami akan ke [ Puteri Harbour ]

Outing Dzul Iman ke Nusajaya | Emerald Lake

Salam bloggers,

Syukur alhamdulillah, perancangan untuk outing ke Nusajaya dapat jua direalisasikan dengan izin Allah s.w.t. Perancangan ini memang sudah lama, cuma itulah, terikat dengan pelbagai SOP yang membuatkan kami perlu berhati-hati.

Anak-anak memang cukup excited dapat berjalan-jalan bersama menaiki bas.

Sebelum itu, si dia membawa kami menikmati sarapan pagi. Risau perut Kak Ida lapar. Sibuk mengurus anak, pasti waktu makan akan terlepas. Hehehe...



Check-point pertama kami adalah ke Emerald Lake. Aktiviti yang kami akan buat disini adalah bersarapan sambil berpicnic dan memberi ikan makan di tasik.

Anak-anak cukup berselera. Menikmati view disini, subhanallah, cukup indah sekali.

Sementara menunggukan anak-anak bersarapan, Kak Ida mencapai roti untuk dikoyak menjadi cebisan kecil. 


Selepas bersarapan nasi lemak, anak-anak mula dibawa turun ke tasik untuk aktiviti memberi ikan makan.




Nah cuaca, sudah mula mendung dan angin agak kuat bertiup menandakan hujan lebat mahu turun. Dalam hati berdoa, semoga hujan tidak turun dahulu. Anak-anak belum puas memberi ikan makan. Hehehe...




Hujan gerimis sudah mula turun. Apa lagi, kami mula bergegas mengemas barang. 



Syukur, ayuh kita ke destinasi seterusnya. [ Dataran Mahkota ]

 

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my