Saturday, June 3, 2017

Kuih siput kosong

Sudah lama Kak Ida teringin hendak menikmati kuih siput kegemaran Kak Ida semenjak dari kecil lagi. Kuih siput "kosong". Bukan bersira dengan sambal atau ada kandungan jintan.

Sejujurnya selama ini Kak Ida cuma pandai menggentel dan menyiput. Tidak pernah membancuh. Tugas membancuh diserahkan sepenuhnya pada mama. Hihi

Tetapi, disebabkan tekak terlalu teringin... gagahkan juga untuk membuat. Peralatan menyiput pun si dia beli malam itu juga. Rasa?

Untuk tidak mahu mengambil "risiko yang tinggi", Kak Ida cuma membancuh tepung dalam 15 sudu sahaja. Hihi.

Resipi asal
Tepung sekilo
Marjerin
Air bercampur garam
Daun kari

Cara membuatnya.
Masukkan tepung dan marjerin ke dalam adunan. Gaul sehingga rata. Kemudian, masukkan air yang telah dicampurkan dengan garam sedikit demi sedikit.


Uli sehingga tepung tidak melekat di tangan.



Gentel tepung dan lenyekkan di papan siput sehingga bancuhan tepung habis. Harga papan siput RM 2.00/1 set. Oh ya, jangan lupa taburkan sedikit tepung untuk mengelakkan siput melekat antara satu sama lain.



Panaskan minyak. Masukkan daun kari ke dalam minyak. Goreng siput sehingga kekuning-kuningan. Sedia dihidangkan.

Pastikan juga sebelum siput disimpan didalam bekas, kuih siput telah disejukkan terlebih dahulu. Untuk mengelakkan kuih siput mudah lemau.

Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my