Sunday, June 4, 2017

Mudahnya mengumpul pahala

Ya, sedekah tidak semestinya dengan wang ringgit sahaja.

Banyak sangat cara kreatif yang kita boleh bersedekah.


Antara perkongsian sahabat Kak Ida, salah satu cara beliau bersedekah adalah dengan membawa tag untuk menggantung tudung di tandas. Tag akan ditampal dibelakang pintu.

Bayangkan bila kita kaum wanita hendak mengambil wudhuk, kita tiada tempat untuk menggantung tudung. Akhirnya kita "sidai" ditempat yang tidak sewajarnya.

Selain itu, beliau juga akan mencuci telekung yang telah digunakan disurau pejabat. Alang-alang membasuh baju dihujung minggu, beliau akan mengambil kesempatan mencuci telekung. Malah, jika ada kain-kain telekung yang rosak, beliau akan jahitkan pula.

Jika ada kemampuan, beliau akan meletakkan sebotol bedak untuk diwakafkan. Ya Tuhan, begitu mudah kita mengumpul pahala tanpa wang. Hanya menggunakan tenaga yang dikurniakan oleh Allah swt.

Ya, cerita beliau sangat memberi inspirasi kepada Kak Ida.

Kumpul sebanyak-banyaknya ladang pahala untuk saham akhirat kita.

Insya Allah.

Catatan Kehidupan,
Ida Kamilia Mudzakir

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my