Hari ini hari Ammar untuk mengambil kromosom study. Seawal 7.30 pagi Kak Ida sudah terpacak di Klinik Pakar Kanak-kanak, HSA.
Rupa-rupanya, tidak perlu mengambil nombor.
Sementara menunggu nama dipanggil, jururawat yang bertugas bertanyakan beberapa soalan. Antaranya adakah Kak Ida dan suami ada pertalian keluarga?. Laju gelengan kepala Kak Ida. Hihi
Kemudian, duduk semula. Agak lengang (mungkin masih awal), Kak Ida ambil keputusan berjalan-jalan disekitar klinik pakar. Membaca poster-poster yang ditampal di dinding dan dipintu. Antara poster yang menarik perhatian Kak Ida ialah tentang poster Autisme.
Menerokai dinding lain, Ya Allah, dulu hanya ada 10 amalan penyusuan susuibu, sekarang sudah ada 13 amalan.
Penat, Kak Ida duduk semula....
Nama dipanggil, Kak Ida terus menuju ke kaunter. Ke bilik 4. Tengok jam masih awal lagi. Kak Ida mengambil kesempatan untuk membelek kertas yang ditulis oleh doktor.
Antaranya tatacara sampel diambil. Selepas sampel diambil, perlu terus dibekukan untuk dihantar ke makmal di Kuala Lumpur.
"Oooo...."
Bila nama Ammar dipanggil, si dia dan Ammar masuk ke bilik 4. Ibu serba-salah. Maklumlah satu bilik rawatan tidak boleh ibubapa masuk.
"Masuk ibu..." saya seorang sahaja yang bertugas. Seolah-olah faham apa yang Kak Ida fikirkan.
Hati ibu memang cuak. Berdegup kencang dada. Lembut nurse maklumkan, "ibu, kita ambil darah dulu ya."
Ammar dibendung. Si dia memeluk erat Ammar. Kak Ida cuma mampu memegang kaki Ammar sambil mulut tidak putus-putus baca zikir Nabi Yunus.
Ammar meraung. Pecah dada ibu...
Kus semangat. Besar betul syringe.
Terima kasih nurse. Cukup menyantuni Ammar. Kemudian nurse hulurkan urine bottle.
Si dia terpinga-pinga. Dua kali keluar masuk bilik air. Ammar masih tidak kencing.
"Boleh ke kita perah aje pampers Ammar?" Soal si dia.
Ya Tuhan, dengan panggilan dari pejabat yang tidak putus-putus, Kak Ida terpaksa cepat membuat keputusan.
Teringat masa Kak Ida kerja di klinik, cara untuk mengambil urine anak. Ting!
Jumpa semula nurse dibilik 04, urine perlu diserahkan sebelum jam 11.00 pagi. Tengok jam berbaki satu jam lagi. Kak Ida maklumkan pada si dia, hantarkan Kak Ida dan Ammar ke pejabat.
Sambil bergelut dengan deringan telefon si dia, kami sampai juga di pejabat.
Kak Ida minta Ammar mencangkung dan alirkan air perlahan-lahan ke kaki Ammar. Ammar pula sibuk bermain air. Ya Allah, memang mencabar sungguh.
"Ammar... fokus Ammar..., ibu nak air kencing Ammar ni..."
Ammar buat muka selamba sahaja. Geram betul dibuatnya. Huhuhu
Masih alirkan air dikaki... Alhamdulillah. Berjaya! Tidak sampai 10 minit!
Terus call si dia, rupa-rupanya si dia setia menanti di depan pintu bilik air.
Bergegas berpatah balik ke Klinik Pakar. Syukur alhamdulillah, fasa kedua Ammar selesai hari ini.
No comments:
Post a Comment