Monday, June 12, 2017

Temujanji pertama Ammar

Temujanji pertama Ammar selepas Ammar disahkan ada autisme.

Doktor Oftalmologi di Hospital Sultanah Aminah (HSA). Seawal jam 7.30 pagi sudah terpacak untuk menanti no giliran dipanggil.




Ada beberapa penilaian yang perlu dibuat pada mata Ammar.

Setelah Ammar dinilai awal oleh doktor perubatan, Ammar disarankan untuk berjumpa dengan doktor optometri untuk menilai tahap penglihatan atau rabun Ammar. Disebabkan Ammar tidak dapat mengenal huruf, Ammar dinilai dengan kaedah visual.

Ada gambar bunga, kapal terbang dan burung.

Selepas itu, Ammar dititiskan dengan ubat untuk "mengembangkan" mata. Proses ini Ammar melalui tiga kali kerana mata Ammar tidak kembang sepenuhnya.

Kesan ubat titis adalah Ammar akan rabun dalam masa 9 jam. Doktor berpesan untuk elakkan Ammar menggunakan tangga, kurangkan menonton tv dan lain-lain.

Ada cerita lucu yang si dia kongsi, Ammar terpeluk "Abu" (panggilan Ammar pada ibu). Kebetulan makcik itu memakai baju berwarna biru, Ammar menyangka makcik itu Kak Ida. Sekali dia mendongar, Ammar terkejut kerana baru tersedar makcik itu bukan ibunya. Hihi

Alhamdulillah, selepas ujian dibuat, doktor optometri mengesahkan penglihatan Ammar normal.

Kemudian, Ammar dirujuk semula ke bilik 6B. Ada satu ujian yang Ammar perlu lalui iaitu ujian saraf di belakang mata. Ya Allah, ujian apakah?

Kami menunggu di bilik 18. Ammar dibendung dengan kuat dan si dia ada ketika proses ini berlangsung. Kak Ida tidak sanggup hendak mengadap. Ammar menangis sehingga hilang suara. Ya Allah, zikir Nabi Yunus memang tidak lepas dari mulut Kak Ida supaya Ammar kuat.

Sayu hati ibu...

Selepas itu, kami berpatah semula ke bilik 6B untuk menanti keputusan penuh Ammar. Alhamdulillah, doktor mengesahkan mata Ammar semua dalam keadaan normal.


Alhamdulillah.

Alhamdulillah.

Selesai fasa pertama hari ini. Minggu depan Ammar akan menjalani kromosom study dan penilaian untuk Occupational Therapy pula.

Doakan urusan Kak Ida dipermudahkan ya.

Amin amin YRA.

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my