Sunday, September 16, 2018

iKurnia Autisme : Asas Autisme

Malam tadi Kak Ida meluangkan masa untuk mengikuti kursus secara atas talian di www.udemy.com berkaitan Austisme dan Asas Intervensi.

Sebenarnya, si dia sudah lama berkongsi link ini dengan Kak Ida, cuma malam tadi Kak Ida baru betul-betul berpeluang untuk melihat dengan lebih dekat apa yang dikongsi disini.

Program ini adalah dibawah projek Permata Kurnia. 

Bagi ibubapa yang ingin belajar lebih lanjut tentang austisme, ingin ambil tahu dan mempelajari sisi baru tentang anak-anak istimewa ini, boleh terus klik https://www.udemy.com/ikurnia-asasautisme/

Kursus ini adalah PERCUMA dan sasaran kursus ini adalah kepada ibubapa, guru, pelajar atau mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung kepada individu yang mengalami autisme.

Kita boleh log in www,udemy.com dengan menggunakan akaun facebook atau google. Mudah dan tidak rumit. 

Hanya luangkan sedikit masa dalam tempoh masa setengah jam sehingga sejam atau boleh belajar secara fleksibel di mana-mana dengan menggunakan telefon bimbit atau laptop. Asalkan kita mempunyai capaian internet.

Hanya menonton video dan jawab soalan yang dikemukakan untuk memastikan kita lebih memahami apa yang dipelajari.

Bagi siri iKurnia Autisme : Asas Autisme

+ Memahami autisme
+ Prosedur Pengesahan Austisme
+ Perkhidmatan Intervensi Awal

Syukur alhamdulillah, sekarang tiada lagi alasan untuk kita (sebagai ibubapa terutamanya) tidak tahu dimana kita hendak mendapatkan maklumat awal.


Sijil turut disertakan jika kita sudah menghabiskan dengan lengkap kursus iKurnia Autisme : Asas Autisme. 

Jom kita sama-sama celik autisme.



No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my