Saturday, September 8, 2018

Homechool | Taman Negara Pulau Kukup

Malamnya, Kak Ida meminta keizinan si dia untuk ke Pulau Kukup. Menyantuni program Selat Tebrau Babywearers pula.


Pada awalnya, si dia agak berat memberikan jawapan. Ini kerana kami perlu menaiki bot untuk ke Pulau Kukup. Selepas si dia membuat satu panggilan, akhirnya si dia bersetuju. Yeayyy...

Ya sahabat, muka ibu terus TERlebih berseri-seri. Ngeh ngeh ngeh...

Seawal jam 6.00 pagi Kak Ida sudah bangun untuk menyiapkan kelengkapan ke Pulau Kukup. Kak Ida bercadang untuk bersarapan di rumah terlebih dahulu sebelum bergerak.

... dan ketika itulah hujan pun turun dengan lebat selebat-lebatnya. Nyaris juga kami membatalkan program ini, tetapi si dia jawab "kita pergi dulu tengok keadaan macam mana..."

Selepas bersarapan nasi goreng, kami mula bergerak jam 8.09 pagi. Hujan masih turun dengan lebatnya. Mujur Noi maklumkan, kita lewatkan sedikit masa. Jalan licin dan juga banyak air yang bertakung.


Alhamdulillah, kami sampai pada waktu yang dijanjikan iaitu sebelum jam 9.15 pagi. Kami parking di Kucik Enterprise (berdekatan dengan jeti). Kadar sewa adalah RM 3.00 untuk jam pertama dan RM 1.00 untuk jam seterusnya. Untuk memudahkan urusan, si dia membayar RM 5.00 untuk tiga jam parking.


Sambil menunggu mommies yang lain sampai, kami membuat keputusan untuk bersarapan di sebelah parking lot.

Ya Tuhan, sedap aih. Ikan kembung masak asam pedas dan roti canai kosong untuk anak-anak. Ammar pun bertambah-tambah menikmati roti canai. Lembut sangat rotinya. (ke sebab lapar balik?) Kah!


Alhamdulillah, hujan semakin reda dan reda. Kami buat keputusan untuk mulakan perjalanan.




Jeti ini ke Tanjung Balai ya, menjerit si Noi sebab kami terus menonong ke situ. Kalau kita nak ke Pulau Kukup, kita ke jeti disebelah kanan. Hihihi



Setelah Noi brief serba sedikit, bacaan doa dimulakan semoga perjalanan pergi dan balik kami selamat dan dirahmati oleh Allah swt. Amin amin YRA.

Oh ya, Kak Ida galakkan untuk ke Pulau Kukup, pergi seawal pagi bagi mengelakkan keadaan sesak. Bot ini sentiasa ada. Tidak perlu menempah awal. 

Tambang satu kepala RM 5.00 pergi/balik. 



Uncle ini bercerita tentang Pulau Kukup. Oh ya, uncle ini juga ada menjual fridge magnet Pulau Kukup dengan harga RM 10.00. 





Seronok weh tengok anak-anak teruja menaiki bot kali pertama.


Yeay, kami sudah sampai ke Pulau Kukup. Perjalanan ke sini mengambil masa 10 minit sahaja. 

Pulau Kukup juga dikenali sebagai Taman Negara Johor Pulau Kukup (TNJPK).

Ia berkeluasan 647 hektar dimana pulau ini diliputi hutan paya bakau dan 800 hektar kawasan merupakan dataran lumpur.




Pulau Kukup ini juga telah diisytiharkan sebagai kawasan hutan paya bakau yang diiktiraf dan dilindungi, Tanah Lembap Berkepentingan Antarabangsa (Ramsar) yang merupakan pulau paya bakau terbesar didunia.


Harga tiket RM 5.00 untuk orang dewasa dan RM 3.00 untuk anak-anak yang berumur 7 tahun ke atas. Murah sangat kan berbanding pengalaman yang diperoleh.






Di depan kaunter tiket masuk ada juga disediakan info-info berkaitan Taman Negara Pulau Kukup.


Sebenarnya kan, hutan paya bakau ini adalah sempadan antara daratan dan lautan. Ia bukan sahaja melindungi daripada hakisan tanah tetapi fungsinya mengumpul semula tanah yang terhakis dari laut. Proses ini berlaku apabila ombak menolak tanah/lumpur dari laut ke daratan dan sistem akarnya yang unik dapat mengumpul semula tanah berkenaan.


Kenapa akar bakau unik? Ini bagi membantu ianya tumbuh dengan baik di kawasan berlumpur dan arus pasang surut.








Hutan paya bakau juga merupakan tempat yang sesuai bagi pembiakan beberapa spesis ikan (ikan belacak atau tembakul), ketam, udang dan kerang. Ini kerana, hutan paya bakau ini merupakan tempat hidupan berkenaan menetas dan membesar sebelum haiwan ini kembali ke laut. 

Ini bermakna, fungsi paya bakau ini sangat penting kerana ia memberi kesan kepada industri perikanan.





Ikan belacak atau ikan tembakul.







Menara peninjau ditutup untuk penambahbaikan. Tiada rezeki untuk kami ke menara.



Disini juga terletaknya pokok bakau terbesar di Pulau Kukup yang berusia 100++.







Di Taman Negara Pulau Kukup juga kita boleh melihat tapak semaian pelbagai jenis tumbuhan untuk tujuan pembelajaran dan kajian yang dipanggil Arboretum. 

Selain itu, disini juga ada pelbagai projek CSR dari agensi swasta dan kerajaan. 



Gigih masing-masing tunjukkan ikan belacak pada Noi. Tergelak besar Kak Ida melihat gelagat masing-masing.











Selfie sekeping dulu sebelum bergerak pulang. Oh ya, untuk elakkan kesesakan, Kak Ida galakkan pengunjung untuk pulang sebelum jam 5.00 petang.


Kami menunggu kedatangan bot untuk ke kelong pula.


Tata Taman Negara Pulau Kukup, Insya-Allah, kami datang lagi.

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my