Kak Ida bergerak ke Tanjung Piai lebih kurang jam 10.00 pagi. Syukur alhamdulillah, jalan lancar walaupun cuaca agak mendung dari awal pagi.
Kali ini trip Kak Ida bersama keluarga Kak Haya.
Sampai ke Tanjung Piai aka "Tanjong Piai", Kak Ida ternampak satu perkampungan yang cukup-cukup cantik disitu. Kak Ida ingatkan kawasan peraih ikan naik ke darat. Boleh juga membeli ikan segar kan?
Rupa-rupanya disitu terletaknya Tanjong Piai Resort. Aduhai... memang cantik kawasannya.
Sempat juga berbual dengan "brother" yang kebetulan ada disitu, beliau kata boleh sahaja berjalan-jalan dikawasan resort tersebut tanpa menginap. Hehehe
Cantik kan pemandangan disini? Ketika ini air laut surut. Memang banyaklah ikan belacak atau tembakul "berjalan-jalan" dilumpur. Hahaha
Tumpang ambil gambar sahaja. Tidak menginap. Hehehe
Sambil melayan pemandangan disekitar resort, subhanallah, cantiknya.
Kak Ida difahamkan harga semalam resort ini untuk berharga RM 140.00. Banyak juga aktiviti yang dicadangkan disini iaitu memancing, paitball game dan lain-lain lagi.
Resort ini juga sesuai untuk perjumpaan santai bersama rakan dan keluarga.
Kalau nak info lebih lanjut tentang Tanjung Piai Resort bolehlah ke laman web
Selesai mengambil angin disitu, yok, kami teruskan perjalanan ke Tanjung Piai.
No comments:
Post a Comment