Sudah lama Kak Ida tidak jejakkan kaki ke Taman Negara Johor Tanjung Piai.
Kali terakhir pada tahun 2005 (kalau tidak silap). Hahaha
Jadi, banyak sangat perubahan dan penambahbaikan yang dilakukan oleh Taman Negara.
Alhamdulillah, kami selamat sampai disini sempena cuti umum Hari Malaysia. Cuaca masih lagi mendung. Seronok berjalan bila cuaca redup macam ini.
Tiket untuk masuk ke Taman Negara Johor Tanjung Piai adalah RM 5.00 untuk dewasa dan RM 3.00 untuk kanak-kanak. Umur kanak-kanak tujuh tahun ke bawah adalah percuma.
Check-in dulu.
Kalau kita tidak masuk ke Taman Negara Johor Tanjung Piai pun, kita boleh bergambar di luar kawasan taman negara.
Tidak sah bila kita sudah sampai kesini tidak mengambil gambar tugu Taman Negara Tanjung Piai. Mengikut cerita, Tanjung Piai ini mendapat namanya daripada pokok piai yang tumbuh subur di merata kawasan ini.
Pokok piai merupakan satu-satunya spesis paku pakis yang tahan dengan air masin. Pokok piai ini juga mudah tumbuh di atas busut ketam rama-rama dimana kedudukan busut ini lebih tinggi dari paras tanah lumpur.
Burung pucung juga pernah menjadikan rumpun pokok piai sebagai sarang untuk bertelur. Malah pucuk piai yang muda juga boleh dijadikan ulam. Manakala batang pelepah yang tua boleh dijadikan tali. Oleh sebab itulah, pokok piai telah dipilih menjadi simbol pada tugu dihadapan masuk pintu Taman Negara Johor Tanjung Piai.
Menarik perhatian Kak Ida. Kit boleh membeli poskad di kaunter tiket dengan pakej harga RM 2.50 dan jangan lupa masukkan poskad dalam peti surat ini untuk tanda kenangan pada orang yang tersayang.
So sweet!
Seterusnya Kak Ida berada di galeri yang memapaparkan info tentang Taman Negara Tanjung Piai.
350 meter lagi untuk sampai ke jeti. Pecah jugalah kalenjar peluh bila berjalan. Tetapi sebenarnya, sangat-sangat seronok walaupun kita dikelilingi dengan pokok bakau. Angin dari laut sungguh mendamaikan.
Banyak boleh kita explore disini jika kita banyak masa. Sangat-sangat menarik.
Kata-kata hikmah juga diletakkan di beberapa kawasan Taman Negara Johor Tanjung Piai.
Alhamdulillah, sampai akhirnya Kak Ida ke Penghujung Selatan Benua Asia.
Yeay!
Tidak sah jika kita tidak mengabdikan kenangan disini.
Akar pokok bakau yang kuat mencengkam ke tanah.
Alhamdulillah, selesai juga trip separuh hari disini.
Terima kasih Kak Haya kerana menemani Kak Ida disini.
No comments:
Post a Comment