Mama ada whatsapp tentang Mini Agro Farm di Plaza Angsana. Tetapi, tiada maklumat lengkap bila Kak Ida baca di group FB "Jom Tanah Sendiri".
Setelah berbincang, si dia akhirnya bersetuju untuk pergi selepas waktu maghrib.
Misi menyatuni hajat mama yang mahukan pokok kemboja. Kah!
Gigih akhirnya Kak Ida google untuk mengetahui lebih lanjut tentang program ini.
See? Orang yang duduk Johor pun tidak tahu ada program yang cukup menarik ini. Agagaga
Setelah berbincang, si dia akhirnya bersetuju untuk pergi selepas waktu maghrib.
Misi menyatuni hajat mama yang mahukan pokok kemboja. Kah!
Alang-alang jejakkan kaki ke sini, Kak Ida ambil kesempatan untuk melihat apa yang ada.
Memang wow dan kami pulang dengan cenderahati penuh di tangan. Banyak info dan maklumat yang dikongsi disini.
Disebelah sana pula, deretan booth dari MPOB, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Pertanian dan macam-macam agensi kerajaan yang lain.
Ada juga perkongsian tanaman secara hidroponik. Untuk satu set ini dijual dengan harga RM 450.00- RM 500.00. Bergantung dengan spesifikasi yang pelanggan mahukan.
Sebelum balik, Kak Ida reward dengan Manggo Shake yang kus semangat. Memang sedap ditekak. Harga satu manggo shake ini RM 6.00.
Akhirnya, misi mendapatkan pokok kemboja mama berjaya. Dua pokok ini dijual dengan harga RM 40.00. Berbaloi dan cukup murah berbanding dengan harga pasaran.
No comments:
Post a Comment