Pagi ini Kak Ida bermusafir lagi.
Menyantuni 4th National Breastfeeding Support Group Convention 2018 di Institut Kanser Negara, Putrajaya.
Kak Ida mengambil flight paling awal ke Kuala Lumpur pada jam 6.00 pagi.
Alhamdulillah, Kak Ida selamat sampai ke KLIA2 jam 6.35 lagi. Selepas solat, Kak Ida terus bergegas ke KLIA Transit untuk menaiki tren ke Putrajaya Central.
Memandangkan masa masih awal, Kak Ida mengambil kesempatan untuk bersarapan dahulu di Putrajaya Central.
Sedap weh nasi lemak daun pisang. Duduk di kiosk sambil memerhatikan gelagat manusia yang berkejar masa.
Setelah bersarapan, Kak Ida mengambil teksi ke Institut Kanser Negara. Ya Tuhan, dekat rupanya. Terima kasih kerana sudi menghantar Kak Ida juga walaupun dekat.
Tetapi, pecah ketiak juga kalau berjalan. Hahaha
Tadaaa, ini meja kami.
Sebelum bermula, kita register dulu.
Cantik kan beg. Beg ini sebagai souvenir untuk setiap peserta yang datang ke konvensyen kali ini.
Yok, kita mula hiaskan booth Kelab Sokongan Penyusuan Susuibu Johor Bahru.
Kami membuat keputusan untuk memastikan booth kami dapat memberi banyak info awal terutama kepada ibu yang baru melahirkan anak atau pertama kali ibu menyusukan anak.
Selepas selesai menyusun atur booth, kita bergambar dahulu.
Booth kami menerima kehadirankPengarah Hospital.
Booth kami menerima Sijil Penyertaan kerana menyertai 4th National Breastfeeding Support Group Convention 2018.
Kami turut berkongsi makanan yang dipercayai dapat menambahkan susu badan dengan makanan semulajadi.
Walaupun kita makan penggalak susu, jangan lupa dengan "demand and supply" ya ibu.
Paling menarik perhatian pelawat ke booth kami adalah simulasi jumlah susu yang dihasilkan dari hari pertama sehingga dua minggu.
Full house ok auditorium di Institut Kanser Negara.
No comments:
Post a Comment