Tuesday, May 10, 2011

Homeschool | Koyak dan tampal

Aktiviti kedua Aisyah adalah aktiviti gam dan gunting.

Kak Ida kongsikan kebaikan dan kelebihan yang diperolehi untuk anak-anak yang gemar mengoyak kertas.

Mengenal tekstur
Pilih pelbagai jenis kertas untuk dijadikan mainan, mulakan dari kertas tisu yang tipis dan lembut, kertas buku, kertas kad, hingga kertas kotak kasut yang susah dikoyak kerana tebal dan liat. Bandingkan juga bunyi kertas-kertas tersebut ketika dikoyak dengan cara dekatkan ke telinga anak ketika mengoyaknya.

Meningkatkan daya tumpuan
Minta anak yang mengoyakkan kertas. Kemudian dari kertas yang sudah terpotong-potong itu, minta dia mengoyaknya lagi sehingga kecil. Berapa lama si kecil perlukan masa untuk mengoyakkan kertas itu. Kemudian tambahkan lagi jumlah kertasnya, semakin banyak kertas yang dia koyakkan menjadi serpihan kecil, semakin tinggi daya tumpuannya.

Mengenal warna
Sediakan kertas berwarna-warni. Setelah itu, siapkan kertas kosong berwarna putih. Letakkan sedikit gam pada kertas warna-warni yang dikoyakkan, lalu suruh anak tampal di atas kertas putih. Anda boleh saja biarkan dia tampal sendiri atau anda membantu anak untuk menampalnya mengikut susunan seperti warna pelangi. Aktiviti ini sesuai untuk anak yang sudah pandai berjalan dan duduk diam. Di sini dia belajar mengenal warna.

Belajar saiz dan bentuk
Ketika si kecil asyik mengoyak kertas, dia mungkin tidak tahu saiz koyakan kertas tersebut. Anda boleh membantunya belajar mengenal tentang saiz dan bentuk. Campurkan pelbagai saiz dan bentuk potongan kertas tersebut, kemudian ajak anak memisahkan potongan yang besar dengan yang kecil.

Membuat kolaj
Kumpulkan kertas bekas dengan pelbagai warna, motif, dan tekstur. Ajak anak mengoyaknya menjadi potongan-potongan kecil. Kemudian ambil sehelai kertas dan buatlah gambar, misalnya buah atau bunga. Sapukan gam pada gambar tersebut dan minta anak tampalkan potongan kertas pada permukaan gambar tersebut.







Sumber: https://goo.gl/mD1ovx

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my