Selepas check-out dari Lexis Hibiscus, kami membuat keputusan untuk ke Rumah Api Tanjung Tuan. Perjalanan memakan masa 8 minit dari situ.
Menariknya, Rumah Api Tanjung Tuan ini terletak di sempadan Negeri antara Negeri Sembilan/Melaka. Rumah Api Tanjung Tuan ini terletak di kawasan Taman Rekreasi Tanjung Tuan dan ianya di bawah pentadbiran Negeri Melaka dan dikelilingi oleh kawasan/tanah Negeri Sembilan.
Secara tidak langsung, Rumah Api Tanjung Tuan ini dibawah penyeliaan Majlis Perbandaran Alor Gajah walaupun menjadi tarikan pengunjung yang datang ke Port Dickson.
Alhamdulillah, kami selamat sampai disini.
Kak Ida ke Balai Penerangan yang terletak di Hutan Rekreasi Tanjung Tuan. Tiket berharga RM 1.00 sahaja untuk dewasa manakala PERCUMA untuk kanak-kanak.
Pegawai disitu memaklumkan, kami perlu berjalan kaki sejauh 850m untuk melihat Rumah Api Tanjung Tuan. Kita perlu berjalan kaki melalui jalan bertar dan agak berdaki sejauh 150m dan selebihnya jalan landai sahaja.
Rumah Api Tanjung Tuan juga merupakan tempat yang terkenal sebagai santuari kepada 54 spesis burung dan merupakan tempat persinggahan kira-kira 300,000 ekor burung setiap tahun.
Dari kejauhan kami sudah nampak Rumah Apinya. Alhamdulillah.
Sedikit maklumat yang dapat dikongsi, Rumah Api Tanjung Tuan telah dibina oleh Belanda pada tahun 1817. Dari sini, kita dapat melihat sempadan laut Sumatera merentasi Selat Melaka.
Selain itu,
- Ia merupakan rumah api tertua di Malaysia.
- Ketinggian struktur rumah api ini adalah 24 meter.
- Ia terletak di tanjung yang juga merupakan 'point' tersempit Selat Melaka. Laluan tersempit Selat Melaka ini adalah di antara Tanjung Tuan dan Pulau Rupat, Indonesia. Jarak antara kedua-dua tempat ini hanyalah 24km.
+ Kedudukan rumah api ini sangat strategik untuk mengawal dan memantau kapal-kapal yang melalui Selat Melaka.
Sejarah Rumah Api Tanjung Tuan
- Rumah Api Tanjung Tuan ini juga dikenali dengan anam Cape Rachado LightHouse .
- Asal Rumah Api ini dibina oleh pihak Portugis sekitar kurun ke-16 sewaktu kedatangan pihak Portugis ke Melaka.
- Nama Cape Rachado diberi oleh pelayar Portugis yang bermaksud Broken Cape atau Tanjung Patah.
- Rumah api yang ada sekarang adalah rumah api yang dibina oleh pihak British.
- Walaupun kita mengambil kira rumah api ini dibina pada tahun 1863, ia tetap merupakan rumah api tertua di Malaysia.
- Rumah api ini sangat penting ketika zaman penjajahan dahulu kerana ia terletak di point laluan tersempit Selat Mela.a
Pencapaian kami bersama anak-anak. Yeayyy...
Ketika ini, kami perlu berhati-hati kerana laluan disini agak juram.
Selesai check-in, kami turun semula untuk pulang ke Kuala Lumpur..
Kepelbagaian flora yang ada disitu.
Tahniah anak-anak. Insya-Allah, nantikan Homeschooling terbaru ya.
No comments:
Post a Comment