Perancangan asal kami adalah hiking ke Muntahak. Tetapi, atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, hasrat ke sana terpaksa dibatalkan.
Mengenangkan anak-anak sudah cukup teruja untuk aktiviti Nature Homeschooling, Noah cuba mencari alternatif lain. Nah, akhirnya kami berpicnic di Taman Eko Rimba Gunung Pulai.
Lagi dekat dari rumah Kak Ida. Hanya memakan masa setengah jam perjalanan.
Subhanallah, pertama kali Kak Ida jejakkan kaki ke sini. Cantik sangat viewnya. Anak-anak sudah tidak sabar untuk berendam.
Sampai sahaja, si dia terus memasang khemah untuk kami berteduh. Kak Ida pula menyiapkan hidangan untuk dinikmati oleh anak-anak selepas bermain air. Pasti lapar kan?
Air panas untuk si dia.
Sedap eh Ammar? Hahaha...
Mata Kak Ida ternampak ada motor yang menjual aiskrim. Terliur betul mengenangkan aiskrim roti. Apa lagi, beli untuk dimakan bersama anak-anak.
Terus terkenang zaman kecil Kak Ida.
Balik time, anak-anak sudah mula mengemas khemah dan barang-barang yang dibawa tadi.
Walaupun tiga keluarga sahaja yang join picnic di sini, kemeriahan tetap terasa. Terima kasih Noah dan Fidah kerana sudi berpicnic bersama-sama kali ini. Hilang stress kerja.
No comments:
Post a Comment