Thursday, November 14, 2019

Nature Homeschooling | Perkhemahan di Tanjung Langsat

Kali pertama kami sekeluarga join camping anjuran FCM Southern di Tanjung Langsat, Johor Bahru untuk dua hari satu malam.

Kami merancang untuk "follow" Pak Mid, kurang dari seminggu sebelum buat keputusan. Anak-anak pun cukup teruja bila si dia mahu merealisasikan impian anak-anak + (Kak Ida). Hahaha

Balik dari kerja, Kak Ida terus bergegas pulang. Cadangnya, kami mahu membawa bekal nasi putih dan ayam masak kicap untuk makan malam. Mahu ringkaskan kerja.

Selepas Asar, kami terus bergerak. Perjalanan memakan masa 58 minit. Tidak mahu bertangguh kerana kami perlu mengejar waktu untuk memasang khemah. Syukur, trafik lancar.



Welcome Tanjung Langsat. View lewat petang.



Si dia memilih untuk berjiran dengan Mr Chin. Bila sampai, si dia terus memasang khemah dibantu oleh Ammar.

Mr Chin memberi tunjuk ajar pada Ammar untuk menghalau monyet dengan menggunakan belerang mancis. Jakun weh Kak Ida. Hahaha

Sambil menantikan si dia siap memasang khemah, anak-anak sudah mula membuat aktiviti messy play bermain pasir. Alhamdulillah, cuaca sangat baik. 

Terima kasih Mr Chin memberi tunjuk ajar pada kami yang baru pertama kali bermalam di khemah.


Menjelang malam, Kak Ida sudah mula menyuap anak-anak makan. Berselera sekali sambil ditemani angin sepoi-sepoi pantai. Dalam masa yang sama, ada dua keluarga yang baru tiba. 



Goodnight everyone. Malam ini kami bermalam di khemah. 



Pemandangan Singapura waktu malam.



Jam 1.00 pagi, Kak Ida terbangun dari tidur. Rupa-rupanya si dia memancing dengan Amirul. Rezeki mereka dapat ikan sembilang. 

- HARI KEDUA-

Assalammualaikum dari Tanjong Langsat. Morning view ini sempat Kak Ida rakam sebagai kenang-kenangan. Awal Ammar bangun pagi ini. Merengek lapar, Kak Ida terus bersiap-siap untuk menyediakan sarapan pagi.



Menu ringkas pagi ini, Nasi goreng cili padi. Keluarkan pes, dah nah... Alhamdulillah.




Roti bakar untuk anak-anak dan Pak Mid. Hahaha

Kami sempat bersarapan bersama-sama sebelum masing-masing berkemas untuk pulang kecuali keluarga Encik Indra yang akan bermalam lagi.


Anak-anak menyambung messy play. Tidak risau kerana pasirnya cantik sangat. 


Pagi ini, hujan mula turun. Walaupun lebat, tidak menghalang anak-anak ini untuk terus bermain.



Terima kasih Pak Mid, Mr Chin, Liya dan Amirul serta Encik Indra keluarga. Insya-Allah, ada rezeki dan kelapangan kita berjumpa lagi untuk camping akan datang. Insya-Allah.

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my