Monday, May 14, 2018

Galeri Ukur JUPEM Johor

Sudut kegemaran Kak Ida adalah di Galeri Ukur.

Galeri Ukur ini terletak di Tingkat 7, Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri Johor, Wisma Persekutuan, Johor Bahru.

Galeri ini menempatkan pelbagai peralatan ukur yang sudah tidak digunakan lagi seperti ukur rantai, plambob, teropong stereo, star finder, scale computing, pen curve dan lain-lain lagi.

Memang sudah menjadi sejarah.

Kak Ida kongsikan untuk tatapan sahabat Kak Ida.



Alat pemegang rantai ini terdapat di setiap hujung rantai yang diperbuat daripada tembaga kuning. Pemegang rantai ini termasuk sebahagian daripada pengukuran. Setiap meter sepanjang rantai akan ditanda dengan satu penanda dan setiap lima meter akan dinomborkan.



Rantai ukur ialah alat pengukuran linear yang paling mudah iaitu dalam bentuk metrik sepanjang 20 meter, 30 meter, 50 meter atau 100 meter. Rantai 20 meter dan 30 meter biasanya dari kawat keras dan terdiri daripada penyambung-penyambung.


Teropong stereo.




Pembaris ukur.

Ha, pada pelajar atau mereka yang berminat hendak lihat dengan lebih dekat boleh singgah di Galeri Ukur, Wisma Persekutuan Johor Bahru.

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my