Saturday, October 14, 2017

Ekspo Johor Berkemajuan

Alhamdulillah,

Hari Khamis lalu Kak Ida berkesempatan mengikuti si dia atas urusan kerja beliau ke Ekspo Johor Berkemajuan di Nusajaya, Johor Bahru.

Ekspo Johor Berkemajuan ini telah bermula dari 6-14 Oktober 2017.

Sampai di ekspo, memang agak jauh juga untuk berjalan kaki. Mencungap juga lah... Hahaha... Mujur ada shuttle yang membawa Kak Ida dan si dia terus ke tapak ekspo. Bayaran RM 1 untuk perjalanan satu hala. Tak kisahlah, dari menapak... Hihihi

... dan dapat juga sebotol air mineral.


Sampai di tapak ekspo, Kak Ida dan si dia berpecah. Kak Ida ke tapak utama manakala si dia ke tempat program beliau. Sebelum masuk, ada pendaftaran terlebih dahulu. Kak Ida diberikan sebuah buku Johor Berkemajuan, passport dan pelan lantai tapak ekspo.


Di pintu masuk ekspo, Nah, terbentang Galeri Diraja Johor. Kereta jenis Morgan yang digunakan oleh baginda ketika Kembara Mahkota Johor gah diletakkan di pintu masuk. Seolah-olah menyambut kedatangan Kak Ida gamaknya (perasannnn...)

Di galeri ini ada ditunjukkan gambar keluarga Sultan Johor, jubah, pingat kebesaran sultan serta mahkota ketika Majlis Adat Istiadat Kemahkotaan baginda, Galeri Kembara Mahkota Johor dan lain-lain lagi.





Kemudian, Kak Ida meneruskan lawatan dengan melihat bajet-bajet yang ditelah diperuntukkan dan digunakan untuk rakyat negeri Johor dalam Johor Berkemajuan.




Setiap kali Kak Ida singgah ke booth pameran, Kak Ida tidak lupa untuk meninggalkan jejak kenangan. Antaranya mengisi buku "guest", dan juga di dinding-dinding pameran yang disediakan.





Kak Ida juga berkesempatan untuk membuat screening test dari KPJ Johor manakala ujian Pap Smear dan pemeriksaan payudara dijalankan oleh pihak LPPKN.

Alhamdulillah, kesihatan Kak Ida dalam keadaan memuaskan. Syukur.

... dan semestinya pemeriksaan kesihatan ini adalah PERCUMA! Best sangat!



Kak Ida juga cuba meluangkan masa melawat semua booth-booth pameran yang disediakan sama ada sektor kerajaan, swasta, GLC, perumahan dan lain-lain lagi. Kak Ida juga berkesempatan bertukar-tukar pendapat, perkongsian ilmu, idea dan juga mencari ruang kerjasama antara satu agensi sama lain. Banyak sangat ilmu yang Kak Ida dapat hasil dari ekspo ini.

Sejujurnya Ekspo Johor Berkemajuan memberikan impak yang sangat baik di Negeri Johor khususnya.

Rakyat juga didedahkan dengan pelbagai kemudahan yang telah disediakan oleh kerajaan Negeri. Mungkin ada antara rakyat tidak mengetahui kemudahan-kemudahan yang disediakan.  Jadi, ekspo ini merupakan platform terbaik.

Antaranya bas muafakat Johor.

Kak Ida turut tidak lepaskan peluang mendaftar.



Selain itu, ada juga pameran yang menawarkan kemudahan pinjaman pelajaran, baucar, pinjaman perumahan, skim pendidikan dan lain-lain lagi.

Mana tahu, ekspo ini akan dibuat setiap tahun. Kan?

Syukur alhamdulillah atas kenangan ini.

2 comments:

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my