Assalammualaikum,
Semalam si dia berkesempatan untuk membuat terapi haiwan peliharaan. Atau dengan nama lain Animal Assisted Theraphy (AAT). Kaedah ini merupakan satu kaedah terapi yang menggunakan haiwan peliharaan untuk memulih dan merangsang perasaan atau emosi anak-anak bersama haiwan.
Di rumah Kak Ida ada memelihara beberapa jenis haiwan peliharaan. Antaranya sugar glider, arnab dan kucing. Dulu ada juga si dia membela burung jenis lovebirds, tetapi telah selamat melarikan diri dari sangkar. Hahahaha.
Kak Ida kongsikan apa kelebihan terapi haiwan peliharaan atau AAT?
Menurut kajian yang dibuat, membela haiwan peliharaan dapat menurunkan risiko penyakit kardiovaskular, merendahkan kolestrol serta menaikkan tahap hormon seretonin dan dopamine iaitu sejenis hormon yang dapat membantu pesakit menjadi tenang dan santai.
Selain itu, kaedah ini juga merupakan salah satu kaedah yang paling berkesan dalam merangsang perkembangan minda anak-anak.
Ini membolehkan kanak-kanak meneroka pelbagai perkara kepada alam realiti berbanding gajet elektronik.
Selain itu, membela haiwan peliharaan juga dapat memberikan struktur atau rutin hidup yang baik kepada kanak-kanak melalui pelbagai aktiviti yang dilakukan bersama haiwan seperti memberi makan, menjaga kebersihan dan kesihatan haiwan, menjaga kebersihan persekitaran, bermain dan menyediakan tempat yang sesuai untuk haiwan tersebut tidur dan sebagainya.
Bagi anak yang mengalami autisme seperti Ammar yang mempunyai masalah untuk berkomunikasi dan interaksi secara non-verbal, terapi ini dapat membantu Ammar untuk mudah bercakap dan bergaul dengan orang lain kerana haiwan tidak membalas melalui tutur kata tetapi pergerakan badan yang lebih difahami oleh haiwan.
Namun begitu, kanak-kanak yang mempunyai alahan seperti asma, resdung dan ekzema tidak digalakkan untuk membela haiwan peliharaan terutama daripada jenis yang berbulu.
Kak Ida kongsikan video Ammar bermain dengan sugar glider.
No comments:
Post a Comment