Wednesday, September 20, 2017

EPSA

Alhamdulillah,

Bertambah lagi lencana EPSA Kak Ida. Syukur.

Apa itu EPSA?
EPSA adalah portal e pembelajaran Sektor Awam Khas untuk penjawat awam. Penjawat Awam SAHAJA.

Oh ya, kena ada email khas ya. Sebagai contoh, bykamilia@jupem.gov.my

Ini kerana, penjawat awam diwajibkan untuk mencukupkan 4 hari berkursus dalam masa setahun. Jadi, bagi ibu-ibu (seperti Kak Ida) yang sibuk (konon) bergelumang dengan anak-anak, memang sesuai sangat mencukupkan kursus dengan EPSA.

Sesuai dengan objektif EPSA adalah Pembelajaran Bila-bila Masa, Dimana Jua.

Tidak perlu kita INTAN. Jimat masa, jimat kos dan jimat segala-galanya. Hihihi


Apa lagi yang bagusnya EPSA adalah, masa yang telah ditetapkan bagi setiap kursus.

Sebagai contoh, Kak Ida baru selesaikan kursus Pengurusan Fail dan Rekod.

Nilai jam berkursus adalah 20 jam.

Manakala tempoh kursus satu hari bersamaan 6 jam.

20 jam/6 jam= 3.33 (3 hari 30 jam).

Hanya atas talian sahaja tanpa perlu menunggu 3 hari berkursus diluar. Berbaki satu hari lagi untuk mencukupkan jumlah berkursus.

Oh ya, dalam EPSA ada soalan yang perlu dijawab dan mengikut minima masa berkursus. Jika kurang dari waktu minima tersebut, sijil tidak akan dijana.

Selepas selesai soalan dijawab, sijil akan dijana dan tadaaa... kita boleh terus mencetak sijil kursus tersebut.


Sangat fleksibel kan dalam menuntut ilmu.




No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my