- Sekiranya kita sering memberi perhatain semasa anak.kita bercakap, anak.belajar budaya bercakap sopan. Orang cakap kita dengar dan cuba faham.
- Sekiranya mereka selalu digesa-gesakan, paksa buat itu dan ini dia belajar untuk mendapat sesuatu melalui paksaan.
- Sekiranya kita sering mungkir janji kepada anak kita, anak akan belajar untuk tidak mempercayai kata-kata kita.
- Sekiranya kita selalu 'send them off' ke tempat lain semasa kita buat kerja, mereka mendapat mesej, mereka tidak penting, tidak dihargai.
- Sekiranya mereka diajak berbincang, meneroka minat, citarasa dan pandangan,mereka rasa diri mereka diperlukan dan akan membantu
- Sekiranya kita sering marah-marah anak, lebih rasa marah dari disayangi, mereka rasa diri mereka terlalu kerdil, tiada guna. Anak menjadi lesu tidak bertenaga.
- Sekiranaya anak kita lihat kita sering mentelaah, membaca Alquran, anak-anak akan terbawa-tterbawa mengikut tabiat kita berjinak-jinak dan gemar mendapat khabar cerita yang terkandung di dalamnya.
Semoga bermanfaat pada ibu-ibu yang membaca.
Perkongsian ilmu,
Ida Kamilia binti Mudzakir
No comments:
Post a Comment