Tuesday, September 19, 2017

Lesen kereta

Assalammualaikum

Kak Ida doakan semoga pembaca yang singgah ke blog Kak Ida dikurniakan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki dari segenap penjuru.

Menjelang harijadi yang bakal menjelang tiba (ehem!), ada satu perkara yang jangan diabaikan.

reNEW lesen kereta.

Allahu, 

Membelek lesen di wallet, bakal tamat tahun ini. Hahaha... Maklumlah, Kak Ida selalu renew dalam masa dua atau tiga tahun. Leceh jika perlu renew setiap tahun. Satu lagi, sebagai langkah penjimatan hendak membayar komisen. (selagi boleh jimat!)

Mujur pejabat pos satu bangunan yang sama di pejabat. Jadi, tanpa bertangguh Kak Ida terus menonong ke Pejabat Pos.

Membelek resit yang diterima, terpaksa terima hakikat, ada GST yang perlu dibayar.


Setahun RM 30.00 x 3 tahun = RM 90.00
Komisen Pejabat Pos = RM 2.00
GST 6%) = RM 0.10

Walaupun jimat komisen RM 4 untuk komisen, kos reNEW lesen TERtambah seposen gara-gara GST. Huhuhu.

Ok, just move on

Alhamdulillah, salah satu list to do boleh dipotong.

Nantikan entry terbaru Kak Ida ya. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...