Wednesday, May 29, 2019

Majlis Khatam Al Quran PUSPANITA JUPEM Johor 1440H

Salam Ramadan ke 25

Sederhana tetapi meriah. Itu yang boleh Kak Ida ungkapkan dengan Majlis Khatam Al Quran pada tahun ini.

Alhamdulillah, semalam berlangsung sudah Majlis Khatam Al Quran peringkat PUSPANITA JUPEM Johor. Majlis ini merupakan majlis kemuncak setelah kami mula bertadarus pada 12 Mei 2019 sehingga 23 Mei 2019 yang lalu.


Tahun ini Kak Ida mengalas tanggungjawab sebagai pengerusi Majlis. Terima kasih Kak Ana atas kepercayaan yang diberikan.


Bacaan doa telah disampaikan oleh Kak Ana. Selaku orang kuat Biro Agama PUSPANITA JUPEM Johor.

Majlis Khatam Al Quran ini juga telah dirasmikan oleh Puan Khairul Jihan binti Mohd Fadzilah selaku Timbalan Pengerusi PUSPANITA JUPEM Johor.



Alhamdulillah, kali ini kami membuat sedikit perubahan. Selain berselawat dan membaca Asmaul Husna, kami juga membaca Doa Dhuha untuk mengambil keberkatan waktu dhuha ketika majlis ini berlangsung.

Ramai orang-orang lama PUSPANITA JUPEM Johor sudah bersara. Tinggal yang ada untuk mengalas legasi ini.



Inilah wajah-wajah pengkhatam Al Quran pada tahun ini. Kami mulakan dari surah Ad-Dhuha sehingga Surah An Nas.

Selepas selesai, kami mengambil bunga telur dan sedikit cenderahati sebagai kenang-kenangan sambil diiringi selawat dan lagu Sesungguhnya dari Raihan dan Alif Satar.











Kami juga mengambil kesempatan untuk merakamkan kenangan sempena Quran Hour yang akan berlangsung pada Ramadan ke-26 di Masjid Iskandar Puteri, Nusajaya, Johor Bahru.

Alhamdulillah. Insya-Allah kita berjumpa di Majlis Khatam Al Quran 1441H.


No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my