Alhamdulillah, tahun ini Allah rezekikan untuk Kak Ida mengambil peluang untuk khatam Al Quran bersama-sama ibubapa di SKTDS anjuran Panitia Pendidikan Islam untuk program Jom Ngaji bermula pada 06 Mei 2019 sehingga 22 Mei 2019.
Khamis yang lalu, telah berlangsungnya Majlis Khatam Al Quran dan penutup Ihya Ramadan peringkat sekolah.
Kelam-kabut Kak Ida mencari bunga telur untuk disumbangkan untuk bunga pahar. Gara-gara terlupa.
Mujur Kak Ngah ada sebagai penyelamat keadaan. Huhuhu
Majlis bermula jam 11.00 pagi. Agak ralat di hati kerana Kak Ida tidak dapat turut serta. Hanya si dia yang menjadi wakil untuk melihat Aisyah berkhatam.
Selain Majlis Khatam Al Quran, majlis ini turut diserikan dengan pemberian sumbangan untuk pelajar asnaf dan miskin.
Terima kasih kepada cikgu yang sudi berkongsi gambar di group telegram dan whatsapp sebagai kenang-kenangan ibu untuk dimasukkan ke dalam blog.
Alhamdulillah, tahniah Aisyah kerana berjaya khatam Al Quran untuk tahun ini. Menarik perhatian Kak Ida adalah kata-kata ustazah, "Jangan berhenti membaca Al Quran walaupun sudah khatam. Bacalah penterjemahannya pula. Jadikan Al Quran sebagai asas dan panduan dalam merencana kehidupan kita".
Allahu, #Indeed.
Majlis diakhiri dengan sumbangan duit raya oleh guru kelas masing-masing. Alhamdulillah, rasa terharu Kak Ida lihat keakraban guru dan anak muridnya. Terima kasih teacher Suren kerana mendidik anak-anak 4 Bestari. Terima kasih.
Aisyah bergambar kenangan bersama-sama para pengkhatam yang lain.
Majlis selesai jam 1.30 petang. Ada rezeki ibu tahun hadapan, ibu mahu turut serta lagi program ini. Insya-Allah.
Ok, see you next entry. Tata
No comments:
Post a Comment