Monday, May 13, 2019

Ramadan 2019 | Menu Ramadan ke 8

Salam Ramadan ke - 8 buat semua pembaca blog Kak Ida.

Tahun ini, agak kecoh dengan #RamadanChallenge. Selain cabaran untuk kurus, tahun ini juga ada puak untuk cabaran tidak ke Pasar Ramadan atau PARAM.

Oh ya, Kak Ida memang tidak menyahut mana-mana cabaran untuk tidak ke Pasar Ramadan.

Siapa yang tidak suka ke Pasar Ramadan? 

Salah satu terapi sebenarnya. Melihat deretan lauk, kuih, air dan lain-lain lagi. Asalkan kita membeli itu tidak sampai ke peringkat membazir, itu sudah memadai. Beli dengan akal fikiran, bukan nafsu.

Alhamdulillah, tahun ini, salah satu target yang mahu Kak Ida capai selain #MisiKebaya ialah mengasah skill memasak. Semestinya dibantu oleh si dia. Hahaha.

Menu berbuka untuk 8 Ramadan,

Ayam masak lemak dan ikan cencaru sumbat kelapa. Dihidangkan sekali dengan budu.


Kak Ida kongsikan menu ikan cencaru sumbat kelapa.

Ikan cencaru dibersihkan dan dibelah belakang. Tidak perlu membuang kulit ikan.

Resipi untuk kelapa:
Cili padi, serai yang dihiris, kelapa, sedikit kunyit dan bawang merah. Tumbuk sehingga semuanya sebati. Letakkan juga sedikit garam dan sumbatkan di belah belakang ikan cencaru. Balut ikan tersebut dengan daun kunyit.

Letakkan sedikit minyak. Bakar dengan pan dengan api yang kecil. 

Sedia dihidangkan.


Manakala untuk kuih Kak Ida beli di Sedap Corner. Tekak teringin hendak menikmati bingka ubi dan si dia pula mahukan pulut udang.

Alhamdulillah, walaupun ringkas tetapi menyelerakan.

Selamat berbuka sahabat.

Jom submit doa. Waktu mustajab untuk berdoa pada DIA. 

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my