Hasrat mewujudkan bilik "Mama Friendly" ini sudah memakan masa hampir 9-10 tahun. Banyak kertas cadangan yang dihantar...
... dan akhirnya, hari ini telah direalisasikan.
Mujur Kak Ida sempat menghadirkan diri walaupun tiba lewat dari jadual asal. Ini kerana Kak Ida perlu menyantuni untuk melapor diri pada hari yang sama.
Sampai di sana, Kak Ida terus menghubungi si kakak manis, Cik Puan Zulhaya Marzuki untuk bertanyakan lokasi tempat duduk. Ok, check-in done.
Majlis perasmian Bilik "Mama Friendly" telah dirasmikan oleh YM Che' Puan Khaleeda binti Bustamam.
Allahu, rasa sebak bila Kak Ida dapat berjumpa dengan orang kuat disebalik tabir.
Kemudian, kami ke bilik penyusuan Mama Friendly. Memang wow. Ini keran Kota Iskandar merupakan perintis program Mama Friendly di Johor. Sangat-sangat best!
Jom, Kak Ida bawa menyusuri apa yang ada di bilik ini.
Peti ais untuk menyimpan susu ada.
Ruangan untuk sudut mengepam pun sangat selesa.
... Kak Ida bersama orang kuat TBAN yang menganjurkan Big Latch 2018 di Sutera Mall.
Kami juga berkesempatan bertukar-tukar idea untuk berkolobrasi dengan LPPKN dan JPW Johor.
Sempat juga join program "Hentikan Keganasan Terhadap Wanita".
Alhamdulillah, bergambar kenangan.
Majlis selesai jam 2.00 petang. Terima kasih Kelab Sokongan Penyusuan SusuIbu Johor kerana beri peluang keemasan ini.
No comments:
Post a Comment