Wednesday, May 22, 2019

Salam Ramadan 17

Salam 17 Ramadan sahabat.

Hari ini anak-anak berpeluang berbuka puasa bersama guru dan sahabat-sahabat di Dzul Iman. Seronok sangat melihat pengalaman ini. 




Sementara itu, Kak Ida di pejabat. Berfikir-fikir apa yang perlu dibuat sementara menanti anak-anak selesai program berbuka puasa. Takkan nak berpatah balik ke Skudai pula kan?


Ting, Kak Ida dapat satu idea. Berbincang dengan si dia sama ada selepas habis waktu kerja boleh singgah ke Skudai untuk ambil Aisyah di rumah pengasuh dan kemudian terus ke bandar. Alhamdulillah, si dia bersetuju.

Kak Ida ambil keputusan untuk menghabiskan masa di City Square. Tips shopping di mall, pastikan anda membaca dulu apa yang ditawarkan oleh pihak pengurusan mall ketika musim perayaan. Selalunya, musim raya ini paling tidak akan dapat sampul raya. Hahaha...

Kami membeli baju raya anak-anak di FOS. Si dia sangat suka membeli baju anak-anak disini.  Banyak pilihan katanya dan paling penting, dapat menjimatkan tenaga Kak Ida untuk berjalan ke hulu hilir. 

Oh ya, pemilihan baju anak-anak adalah 100% dari si dia. Kak Ida cuma tunjuk-tunjuk sahaja mana yang Kak Ida berkenan. Itupun kalau si dia proceed. Selalunya, memang mmmm.... 


Selepas menghabiskan berjuta-juta rupiah, lihat jam di tangan, Kak Ida bertanyakan Aisyah mahu berbuka puasa di mana. Syaratnya memang tidak boleh jauh dari bandar sebab kita perlu bergegas.


Akhirnya, kami semua BERSETUJU untuk makan di Texas, City Square. Sejujurnya, disini Kak Ida sangat menggemari Honey-Butter Biscuit. Sedap wehh... Lemak dan lembut sangat rotinya.

See, ringkas sahaja pilihan kami. Paling penting kata si dia jangan membazir. Baik bos!




Inilah kali kedua kami berbuka di luar. Tahun ini seperti azam-azam yang lepas, kami mahu bersederhana ketika waktu berbuka. Seboleh mungkin, ada kelapangan masa, kami akan memasak menu yang ringkas dan paling penting dapat berkumpul dan berbuka bersama-sama.


Sebelum balik, Kak Ida singgah dahulu di kaunter pertanyaan City Square. 

Nah, hasil shopping kami di City Square. Oh ya, setiap perbelanjaan sebanyak RM 200 di mana-mana mall City Square akan dapat sepaket sampul raya. Selebihnya, akan dapat tiffin istimewa ini. Cantik weh tiffin ini.

Alhamdulillah, misi hari ini berjaya. Kami perlu ambil anak-anak pula selepas ini. Tata and see you next entry.

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my