Sunday, May 26, 2019

Penghayatan di Bulan Puasa

Assalammualaikum pembaca blog Kak Ida.

Pagi ini, Allah memberi kelapangan masa untuk ke taman syurga untuk mendengar ceramah yang bertajuk "Penghayatan di Bulan Puasa" sempena Program Ihya Ramadan Tahun 1440H/2019.


Ceramah ini disampaikan oleh Ustaz Abd Halim bin Ahmadhu Kutty yang merupakan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, Hospital Permai Johor Bahru.


"Tidak sepatutnyanya Engkau hanya berpuasa di bulan Ramadan sahaja".

Antara perkongsian-perkongsian yang Kak Ida sempat coretkan dalam buku nota Kak Ida adalah:-

Puasa adalah satu ibadah yang HANYA Allah swt yang menilai. Ini kerana Allah telah menyediakan satu pintu khas untuk mereka yang suka berpuasa di syurga nanti.

Antara hari-hari yang digalakkan berpuasa selain daripada bulan Ramadan ialah:-

  • Hari Arafah
  • Hari Asyura
  • Sepuluh hari pertama di bulan Zulhijjah
  • Sepuluh hari pertama di bulan Muharam
  • Bulan Rejab
  • Bulan Syaaban
  • Bula-bulan haram
  • Tiga bulan berturut-turut bermula dari bulan Zulkaedah
  • Setiap bulan tunggal pada bulan Rejab
  • Setiap awal bulan, tengah bulan dan akhir bulan.
  • Hari-hari "putih" iaitu bermula pada 13, 14 dan 15 haribulan setiap bulan
  • Puasa Isnin, Khamis dan Jumaat (dengan syarat puasa pada hari Jumaat digandingkan sama ada Khamis/Jumaat atau Jumaat/Sabtu)
Kebaikan berpuasa adalah untuk menekan nafsu kita. Selain itu, bulan Ramadan ini adalah khas untuk umat Nabi Muhammad s.a.w. Subhanallah, sayang betul Allah pada umat Nabi Muhammad kan? 

Selain menjaga perut dan kemaluan (syahwat) ketika berpuasa, kita juga perlu mengelakkan lima perkara ini yang dapat membatalkan puasa. Iaitu:-
  • Berbohong
  • Mengumpat
  • Membuat fitnah
  • Melihat perempuan yang bukan mahram dengan syahwat
  • Sumpah palsu
Kita juga perlu memastikan makanan yang kita makan adalah dari rezeki yang halal terutama untuk dihidangkan kepada keluarga atau tetamu.

Alhamdulillah, walaupun ceramah ini dalam tempoh yang singkat, banyak juga ilmu baru dan perkongsian yang dapat Kak Ida faham dari hasil ceramah ini.


Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk pembaca blog Kak Ida. Jumpa kita di next entry, Insya-Allah.

Tata

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my