Thursday, May 2, 2019

Selamat Hari Guru Teacher Dzul Iman

Hari ini anak-anak menyambut Haru Guru di Dzul Iman. Ada tema yang telah dipersetujui hasil perbincangan ibu-ibu di group WhatsApp. 

Untuk anak perempuan yang berumur 4 tahun, tema puteri. Manakala anak lelaki yang berumur 5 tahun, temanya adalah pendekar.

Waalllaahhh...

Membuat persediaan ini hampir dua minggu. Ibu sebenarnya yang excited. 


Pendekar Ammar dari Skudai. Tanjak pula baru sampai malam tadi di tangan. Terima kasih Uncle Udin kerana bantu buatkan tanjak yang cukup cantik sekali.

Memakai samping untuk Ammar pun satu kelucuan. Pendekar sepatutnya berdagang samping diluar ke di dalam. Sempat Kak Ida google pagi itu. Ok, bersamping diluar.

Baju princess Adilah itu Kak Ida dapat di U Mall, Taman Pulai Utama. Gigih ibu mix and match untuk pastikan Adilah nampak cantik macam flower girl. Kenangan mencari baju Adilah, auntie kedai yang lebih cerewet dari Kak Ida.

Adilah terpaksa mencuba beberapa pasang baju sebelum Kak Ida dapat membuat keputusan. 

Kak Ida tidak stay lama kerana di pejabat ada majlis tahlil dan doa selamat untuk menyambut bulan Ramadan. Mujur cikgu-cikgu sudi berkongsi gambar anak-anak sekitar majlis sambutan hari guru. 


Adilah dengan Teacher Farah.



Alololo, comel-comel belaka anak-anak 


Adilah dan kawan-kawan bergambar kenangan bersama Teacher Gee.

SELAMAT HARI GURU untuk semua teacher di Dzul Iman. Terima kasih kerana mendidik anak-anak Kak Ida tanpa syarat.

Mendidik anak-anak seawal usia untuk menjadi seorang khalifah dibumi Allah.

Mendidik anak-anak supaya menjadi seorang anak murid yang mempunyai adab dengan gurunya.

Terima kasih, terima kasih, terima kasih.

Ikhlas, 
Ibu Ammar dan Adilah.

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my