Sunday, July 2, 2017

Episod Aisyah bermula

Bermula episod Aisyah perlu berdikari tanpa uwan dan atuknya.

Hari ini hari pertama mencari bas atau van untuk Aisyah. Selama ini Aisyah diuruskan oleh atuknya.

Ingatkan mudah.... tetapi dalam sejarah Kak Ida banyak kali berada dalam keadaan hampa.

Ada bas/van tetapi tidak menghala ke sekolah agama. Tidak melalui rumah pengasuh. Macam mana?

Muka sidia juga agak keruh memandangkan perkara ini perlu diselesaikan secepat mungkin. Cadangan demi cadangan tetapi tiada titik persamaan terutama dari Aisyah.

Akhirnya ada satu jalan penyelesaian.

"Meminta tolong."

Kak Ida terus whatsapp beliau. Ya, dalam hal anak-anak ada kalanya Kak Ida terpaksa menebalkan muka.

Beliau merupakan kenalan bisnes Kak Ida.

Kak Ida mahu berjumpa beliau yang Kak Ida gelarkan "Dato". Beliau maklumkan beliau akan sampai dalam masa 10 minit. Hati memang berdebar-debar kerana itulah jalan terakhir yang ada.

Syukur alhamdulillah.

Syukur.

Beliau bersetuju untuk membantu dari segi mengambil dan menghantar Aisyah ke sekolah agama. Kecuali balik. Sebab beliau lewat kerana perlu menunggu anak pada sesi seterusnya.

"Jangan risau, van banyak..."

Bercahaya muka Kak Ida mendengar kata-kata beliau.

Hakikatnya... tidak mudah.

Kak Ida duduk memerhati dari dalam kereta. Dari satu van ke van si dia tanya. Menggeleng kepala jawapannya. Ya Allah.

Tetapi ada ketika mata Kak Ida tidak lepas memandang seorang ibu ini. Sedang menanti anaknya juga. Ibu ni mesti pelik sebab rasanya tidak pernah "nampak" Kak Ida.

Kak Ida pun matikan enjin kereta, tiba-tiba terdengar suara Kak Norasyikin Yusof memanggil.

Allah, lega hati jumpa orang yang kita kenal.

Tanya pada Kak Syikin, rupa-rupanya trend disitu "menyewa kereta". Berpeluh Kak Ida dibuatnya. Bila memerhati situasi itu sudah pasti tiada kekosongan. Tetapi, Kak Syikin tetap positif. Cuba tanya dulu pada ibu-ibu disitu. Mana tahu kan... Laju kaki Kak Ida melangkah pada ibu yang Kak Ida pandang tadi.

Ya, hati wanita bergelar ibu. Sedaya-upaya membantu Kak Ida walaupun hakikatnya mereka pun tidak boleh membantu kerana tidak sejalan.

Tiba-tiba,

"Dik, cuba tanya bas itu..."

"Bas persiaran tu kak?" Dalam hati biar betul bas secantik ini mengambil anak dari sekolah.

"Akak rasa dia ambil budak-budak dik. Cuba tanya dulu. Cepat, bas hendak gerak dah tu..."

Berlari Kak Ida mendapatkan si dia untuk mengejar bas tersebut.

Allahuakbar.

Allahu...

Sebak dada Kak Ida bila si dia tersenyum. Syukur syukur.

Allah bantu Kak Ida hari ini.

Allah bantu dari segenap segi. 


No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my