Monday, August 9, 2021

Catatan Kehidupan | Doa Akhir Tahun

Doa Akhir Tahun 


Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Semoga Allah cucurkan Rahmat dan Sejahtera ke atas Junjungan Nabi Muhammad s.a.w  sera keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian.

Ya Allah, Wahai Tuhan kami, perkara-perkara yang telah kami lakukan daripada perbuatan-perbuatan yang Engkau larang dalam tahun ini.

Maka kami belum bertaubat daripadanya, padahal, Engkau tidak meredhai dan Engkau memang tidak lupakannya.

Dan Engkau berlembut tidak mengazabkan kami, malah memberi peluang supaya kami bertaubat selepas kami menceburkan diri melakukan maksiat itu.

Maka kami sekalian memohon keampunanMu. Ya Allah, ampunilah kami dan perbuatan yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini.

Manakala amalan-amalan kami yang Engkau redhai dan yang telah Engkau janjikan ganjaran pahalanya, kami memohon diperkenankan akan perbuatan amal bakti yang telah kami lakukan itu.

Ya Allah, Wahai Yang Maha Pemurah, Yang Maha Agung dan Yang Maha Mulia.

Terimalah taubat kami.

Dan janganlah Engkau menghampakan harapan kami kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah.

Dan Allah berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, ke atas keluarga dan sahabat-sahabat Baginda dan menguniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Amin amin YRA.

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my