Tuesday, August 17, 2021

My first PMK

Yeay,

My first PMK sudah sampai di tangan.

Di group filateli, ada berkongsi ilmu tentang PMK. Jakun betul Kak Ida. Termangu-mangu nak memahamkan apalah "benda alah" itu.

Apa itu postmark?

"A postmark is an official Postal Service™ imprint applied in black ink on the address side of a stamped mailpiece. A postmark indicates the location and date the Postal Service accepted custody of a mailpiece, and it cancels affixed postage."

Allahu, rupa-rupanya setiap tahun, ada tarikh-tarikh yang cantik untuk disimpan sebagai kenangan. Mereka akan pergi ke Pejabat Pos untuk mengepos surat semata-mata tarikh PMK ini.

Kak Ida berpeluang untuk belajar kerana kebetulan lagi dua hari lagi tarikh ini iaitu,

"12.08.21"

... and of course, perlu bermodal.

Modal maksud Kak Ida adalah, kita mesti ada sampul surat, setem dan juga membayar pos daftar.

Semuanya kurang RM 5.00. Insya Allah.


Surat ini akan sampai ke tangan kita lebih kurang dalam masa seminggu. 

Teruja pula melihat bila PMK kita sudah ada di depan mata.

Ok, next PMK maybe?


No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my