Sunday, August 29, 2021

Seni Anyaman Corak Kelarai | Bunga Tanjung

Membantu Aina dalam menyiapkan cabaran anyaman untuk 

Zaman kerja rumah Kak Ida dahulu, anyaman setakat "selang-seli" sahaja kertasnya.

Anyaman boleh didefinisikan sebagai proses menjalin helaian daun mengkuang, pandan, buluh, rotan, bertam atau bemban. Seni kraftangan anyaman ini terkenal di negeri Terengganu, Kedah, Perak dan Melaka.

Terdapat pelbagai jenis anyaman iaitu:
- Anyaman Kelarai
- Anyaman Biasa
- Anyaman Sulaman

Selalunya, Kak Ida menganyam dengan teknik "anyaman biasa". Nak nampak cantik (read: taknak kompius), gunalah dua helai kertas warna yang berbeza. Itupun kadang-kala tersilap juga. Kah!

Sekarang anyaman, pakej kena kira berapa "bilah" sebelum kertas dimasukkan. Ini bagi menimbulkan motif corak anyaman sama ada tumbuhan, nama manusia, haiwan atau abstrak.

Corak ini ialah Kelarai Bunga Tanjung.



Letak nombor disetiap baris. Takut tersilap memasukkan kertas dalam baris.


Taaadddaaaa... inilah hasil anyaman yang dibuat. What say you?

Terima kasih Tuan Norazlan Ahmad atas perkongsian corak kelarai di blog Artgeng. Mohon dihalalkan ilmunya

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my