Monday, August 9, 2021

Permohonan kelayakan Tahun 1 Sesi 2022 ke SRAB Negeri Johor

Alhamdulillah,

Selesai juga mendaftar permohonan kelayakan Tahun 1 Sesi 2022 ke SRAB Negeri Johor untuk Adilah. 

Nyaris terlepas pandang. Maklumlah, dalam situasi sekarang, banyak perkara Kak Ida ketinggalan. Mujur ada ibu Dzul Iman yang membantu Kak Ida dengan berkongsi link.

Kita hanya mengisi maklumat peribadi anak, ibu bapa dan pilihan sekolah agama yang berdekatan dengan kita. Syukur, tinggal si dia sahaja yang perlu menghantar dokumen ke sekolah agama yang kami berdua pilih.


INFO PENANGGUHAN UJIAN KELAYAKAN KEMASUKAN TAHUN 1 SESI 2022 KE SRAB NEGERI JOHOR.

Perkara tersebut dirujuk.

1. Ujian Kelayakan Kemasukan Tahun 1 sesi 2022 ke Sekolah Rendah Agama Bersepadu Negeri Johor DITANGGUHKAN sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

2. Pastikan tuan/puan menguruskan urusan pendaftaran kemasukan murid tahun 1 sesi 2022 di Sekolah Kebangsaan secara online mahupun Sekolah Agama yang berdekatan.

Permohonan Pendaftaran Darjah Satu Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor (SAKNJ) Daerah Johor Bahru boleh dilayari melalui pautan dibawah.


Terima kasih

PENGURUSAN SRABJB
11 Julai 2021

2 comments:

  1. Alhamdulillah, dapat mendaftar. Hopefully kids dapatlah enjoy nikmat pergi sekolah tak lama lagi..Aamin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, itulah yang kita harapkan. Semoga kids dapat bersekolah seperti biasa. Amin amin YRA

      Delete

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my