Wednesday, August 4, 2021

We Time

"We time..."

Terjebak sebenarnya. Kah!

Tengok iklan di facebook, macam menarik dan cantik bila digantung nanti.

Well said, wanita kan. Hahaha (alasan!)

Kak Ida beli di Shoppe sebab harganya jauh lebih murah. Walaupun lambat tiba dari segi penghantaran, tidak mengapa.

Nasihat Kak Ida, untuk buat satu lukisan ini, memerlukan masa yang lapang. Untuk santai-santai sambil dapat melarikan diri dari "memikirkan sesuatu". Ralit ok.


Set ini didatangkan dengan lukisan, beeds, bekas untuk mengisi beeds, "pen" dan yang berwarna merah itu seperti gam/getah. Fungsinya diletakkan di hujung pen dan digunakan untuk menyusun beeds tersebut.

Paling best, dapat mengasah fokus sensori Ammar, mengenal huruf, warna dan nombor serta memastikan beeds diletakkan dengan kemas menggunakan "pen".


... kesabaran ketika menyusun itu yang paling penting. Tertumpah beeds itu pasti.


Bersinar-sinar ok bila terkena cahaya. Jadi, memang cantik sangat bila digantung didinding nanti.

Aktiviti keluarga yang sangat berbaloi dengan harga yang mampu milik.

Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my