Saturday, April 14, 2018

Support Group Meeting | Guilty Pleasure

Alhamdulillah,

Berkesempatan pergi ke SGM Kelab Sokongan Penyusuan Susuibu Johor.

Pada asalnya, tempat SGM dibuat di Taman Setia Tropika. Bila hujan turun dengan lebatnya, tempat SGM telah ditukar ke Surau Al-Mukhlisin.


Walaupun sudah "pencen", jiwa Kak Ida terhadap penyusuan susuibu tidak dapat dipisahkan.

Selagi ada kesempatan, Kak Ida tetap cuba untuk meluangkan masa bersama ibu-ibu dalam menjayakan misi menyusukan anak sehingga usia dua tahun. Insya Allah.





Kak Ida kongsikan sedikit perkongsian SGM kali ini.

"Guilty Pleasure".

- Boleh dikategorikan sama seperti cheat day bagi mereka yang diet.

- Dalam kita sedang berusaha menyusukan anak dalam tempoh 2 tahun, kita juga sebagai ibu perlu belajar dan redha dengan apa yang Allah telah aturkan.

- Jaga inner peace untuk ibu menyusu. Kurangkan rasa bersalah jika perlu meninggalkan anak, tidak mampu berpuasa kerana letih menyusukan anak, tidak mempunyai stok susu yang banyak seperti orang lain dan lain-lain.

- Jika perlu "me time", berbincanglah dengan suami.

- Jangan bandingkan diri kita dengan ibu yang lain. Jangan menambahkan lagi tekanan dalam diri.

- Rutin ibu menyusu adalah berbeza dengan ibu yang tidak menyusukan anak.

- Belajar untuk berlapang dada.

- Jika kita sedang berperang dengan "guilty pleasure", ambil dan terima dalam sudut yang positif.

Majlis diteruskan dengan cabutan nombor bertuah. Alhamdulillah, Kak Ida dapat grand prize tajaan Cik Puan Ekyn berupa blouse yang sangat cantik.


Kemudian, acara kemuncak SGM adalah majlis potong kek untuk sambutan harijadi dari bulan Januari sehingga April. Itu dia... 

Tidak sah jika SGM tiada gambar beramai-ramai sebagai kenangan.


Alhamdulillah, syukur. SGM berakhir dengan jayanya.

Tahniah kepada barisan AJK KSPSIJB.

Tahniah kepada moderator Kak Zulhaya Marzuki.

Tahniah kepada ibu-ibu yang sudi hadir ke SGM kali ini.

Insya Allah, kita berjumpa lagi SGM akan datang.

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my